Iklan sat

Friday, December 19, 2014

TAHAP-TAHAP BACAAN ANAK KECIL berdasarkan Kaedah Fonik Gabung bunyi Bacalah Anakku dan Readeasy


Sumber: http://cepatmembaca.blogspot.com/2014/10/why-we-should-understand-different.html

Kita Ibu bapa dan guru-guru literasi mestilah memahami tahap bacaan anak/pelajar kita supaya kita dapat memberi sokongan dan bantuan yang tepat. Sokongan dan bantuan yang tepat akan membantu kanak-kanak mencapai tahap bacaan yang optimal.

TAHAP-TAHAP BACAAN ANAK KECIL berdasarkan Kaedah Fonik Gabung bunyi Bacalah Anakku dan Readeasy:
1. TAHAP PRA BACAAN / PRE READING STAGE ( 0 - 3 tahun )
 Bertutur, bermain, menyanyi, berpantun, melukis, menconteng/menulis, mengenal bunyi huruf (fonem) dan bacaan lantang (read aloud) oleh ibu bapa dan pengasuh.

2. TAHAP AWAL BACAAN / EMERGENT READING STAGE ( 3 tahun ke atas )
Menghubung kait bunyi huruf / fonem dengan simbol, menggabung bunyi suku kata ( untuk bahasa Melayu ), mendekod ( decode ) perkataan, membaca teks pendek; belum dapat memahami sepenuhnya apa yang dibaca.


Foto: Kanak-kanak 3 Dan 4 tahun di Pusat Jagaan Didik Literasi.
 
3. TAHAP BACAAN LANCAR / EARLY READING STAGE  ( 3 tahun ke atas )
Membaca dengan menggabung bunyi-bunyi huruf atau fonem-fonem dengan baik.
Memahami sedikit / sederhana apa yang dibaca.

4. TAHAP BACAAN MAHIR / EXPERT READING STAGE  ( 3 tahun ke atas )
Membaca dengan lancar dengan sebutan dan intonasi yang baik; membaca tanpa menggunakan jari sebagai penunjuk, membaca secara diam ( silent reading ); memahami banyak apa yang dibaca.


   Kanak-kanak 6 tahun yang mahir membaca di Tadika Didik Literasi.  
   Dapat sahaja hadiah buku cerita, kanak-kanak yang mahir membaca terus membaca dengan diam  tanpa bimbingan. 


Apabila kita, ibu bapa dan guru literasi memahami tahap bacaan kanak-kanak, maka kita tidak akan meletakkan ekspetasi yang luar biasa ketika mengajar mereka membaca. Kanak-kanak akan belajar membaca dengan tenang dalam suasana bebas stres. 
They will find learning to read enjoyable!
And WE too will find teaching reading easy and fun!

JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA

Monday, December 15, 2014

Throwback: Itinery ke Kota Kinabalu Sabah 4D3N


Dah lama nak post pasal itinerary ni..
Hampir terlupa

Ok sayang2 semua..

Boleh jadikan rujukan..
Tapi kunjungan kami dengan niat ke kenduri kahwin.. Jadi beberapa slot dipenuhi dengan majlis kenduri. So korang leh la cari option lain ganti pada slot kami tu ye.


Separuh perjalanan


Sayang Bonda,

Hampir separuh perjalanan.
Ayuh kita teguhkan langkah kita.
Moga ada jodoh kita bersama.

Dari,
Bondamu.

JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA

Friday, November 28, 2014

Rasa

Alhamdulillah, sudah mula merasai kamu.

Ayuh sayang,
Kita teruskan perjalanan.
Moga kita dapat bersua muka.
Setelah sekian lama.

Doakan kami ya semua.

Nadia.

Thursday, November 27, 2014

Vaksin - sumber dari post FB

Tertarik dengan post di FB hari ni


Dari FB Ibnu Batoota
~Vaksin~
Semalam sembang dengan Dr.Azmier dari USM Nibong Tebal pasal vaksin. Beliau ada 6 orang anak dan semuanya tak divaksin.
Saya tanya kenapa?
Doktor jawab:
"Saya nak anak saya membesar secara organik. Bukan macam ayam cucuk."
Kah kah kah jawapan paling epic abad ini.  
Note: Alhamdulillah saya memang tak benarkan pihak hospital vaksin anak-anak saya selepas saya berbincang dengan ramai doktor/pakar kimia (yang tidak berkepentingan/berkonspirasi).
Walaupun ramai rakan-rakan mengadu mereka "dipaksa" oleh medical mafia (yang menafikan hak pesakit untuk buat keputusan sendiri) dan ditakut-takutkan, tapi Alhamdulillah kedua-dua anak saya dibiarkan tanpa vaksin tanpa dileter oleh nurse atau doktor.
Cukup dengan saya tanda tangan saya akan bertanggungjawab penuh atas apa sahaja yang terjadi pada anak saya jika tidak disuntik vaksin, mereka tidak mengganggu saya lagi.
Alhamdulillah anak pertama saya Muhammad Zakariyya, lahir tanpa vaksin di Afrika (benua ujikaji virus Dajjal-bila dajjal ada cipta virus baru, mereka akan sebarkan di Afrika seperti kes e-bola), merentas beberapa benua, singgah di beberapa negara seperti UAE dan Thailand. Tapi hidup sihat ceria (kini mencecah umur hampir 2 tahun) dan tak pernah sekali pun jatuh sakit/jejak kaki ke hospital atau klinik.
Hanya beberapa kali sahaja dia demam biasa yang tak perlu dibawa ke klinik atau hospital. Allah telah buktikan pada saya bahawa bayi saya diberi kesihatan tanpa perlu vaksin.
Antara sebab kenapa saya tidak mahu anak divaksin ialah kerana:
-Kandungannya diragui dan tiada pengesahan halal dari mana-mana badan autoriti.
-Efeknya juga kelihatan sangat tidak baik berbanding anak-anak yang free-vaksin. Yang kena vaksin, selalunya akan jatuh sakit (dengan izin Allah), kena ulang masuk klinik/hospital.
-Selama jutaan tahun bayi hidup sihat atas muka bumi ini tanpa vaksin, hanya ketika zaman Dajjal (zaman NWO) sahaja vaksin di- "wajibkan" oleh the hidden hand.
-Mengikut pengkaji-pengkaji/pendedah konspirasi Dajjal contohnya seperti pengarang buku "The Deadly Mist", seperti biasa, pihak Dajjal (barat) memang suka "cipta penyakit" dan "cipta ubatnya" sekaligus.
-Mereka cipta virus.
-Kemudian sebarkan melalui udara.
-Kemudian ramai orang sakit.
-Kemudian "mereka" akan datang sebagai hero dan membawa "ubat".
-Hasilnya: Orang ramai akan takut dan mula berpusu-pusu membeli ubat tersebut.
-Pihak Dajjal menjadi kaya-raya.
-Kesihatan sedunia pula tergugat.
Sama juga macam kes virus+anti virus dalam komputer.
-Mereka yang cipta virus dan sebarkan.
-Kemudian mereka jual anti-virus untuk kaut keuntungan atas angin berjumlah jutaan dollar.
Jadi saya menolak keras anak-anak saya menjadi mangsa bahan eksperimen Dajjal atau "ayam suntik" mereka....
InsyaAllah Allah akan lindungi kami sekeluarga daripada penyakit/virus yang disebarkan puak-puak Dajjal.
Note 2: Saya tak pernah salahkan nurse atau doktor. Mereka tidak lain hanyalah "menurut perintah". Janganlah geng-geng doktor mai serang status saya ye. Sebab yang tak mau vaksin ni bukan sahaja golongan "buta medic" macam saya, tapi golongan doktor pakar perubatan sendiri tak mahu dirinya dan anak-anaknya divaksin.


Saya lebih lagi tertarik dengan komen dari post tersebut:

Hosni Salleh Al Uzma 
1. Vaksin ni secara simplenya kita kata dia suntik dengan kuman yg dibunuh atau dilemahkan supaya sistem pertahanan tubuh kita diransang untuk bertindak. Jadi kalau hari lain datang virus tu, sistem pertahanan kita dah cukup sedia.

2. Teori konspirasi ni byk berlaku kat luar negara pasal sana sektor kesihatan diswastakan. jadi mmg ramai doktor dan syarikat farmaseutikal yg tak jujur ambil kesempatan promote vaksin2 yg kadang2 tak perlu pun pasal depa dapat komisen. tapi menda ni tak berlaku kat malaysia.

3. Kerajaan malaysia tak paksa vaksin. Tapi dia sediakan jadual vaksin untuk budak2. Saya taklid hak ni ja. Lagipun bayar berapa lah sgt hosp kerajaan. vaksin2 yg disenarai pulak jenis2 penting dan sesuai di negara ni. jadual ni nak lulus bukan senang2. makan masa dan tenaga jugak depa kaji dan survey semua. Dan haritu kementerian kesihatan dah keluar kenyataan bersama Jakim untuk sahkan takda keraguan pada kandungan vaksin. 

4. manusia jutaan tahun selama ni sihat?? ehh..buta sejarah ni. Wabak2 penyakit dicatat sejarah sejak zaman Yunani lama dulu lagi. Zaman Umar ra pun ada wabak kolera (taun) sehingga sahabat abu ubaidah ra pun mati pasal taun. Dan telah direkod dalam sejarah wabak smallpox sudah secara total dihapuskan di bumi ni kerana ada nya vaksin. Polio pun dah dihapuskan di negara2 maju dengan ada nya vaksin. 

5. satu lagi yg baik ialah teori herd immunity. Dimana kalau satu2 masyarakat tu ramai org divaksin, penyakit berjangkit yg alah pada vaksin tu susah untuk merebak. 

6. kalau nk kira sorg doktor pakar tanak vaksin anak, saya kira ramai lagi doktor pakar lain yg nak vaksin anak dia. hahahah. 

7. Tapi kalau nak kira konta dia pun memang ada. Kesan2 sampingan memang ada. Dan memang itu lah etika perubatan moden. Segala perkara baik dan buruk semuanya direkodkan utk penambahbaikan dari semasa ke semasa. Dan kesan sampingan ni doktor akan warning terlebih dahulu. nak kata kesan sampingan tadak langsung tu tak lah. cuma manfaat mencegah penyakit tu lebih besar dari mudarat kesan2 sampingan yg ringan tu. 


Wallahualam


Semoga kita semua dapat sedikit ilmu hari..

Buat semua ibu2 dan bakal2 ibu.

Gambaq takdak kena mengen sebab tengah rindu kat Tok (T_T)


JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA

Wednesday, October 29, 2014

Suku

Aʟнαм∂υʟíʟʟαн

Sudah suku perjalanan.

Doakan kami kuat ya kawan kawan.

Jazakallah,
Nadia

Tuesday, September 23, 2014

MOM'S 1ST BIRTHDAY ママも1歳、おめでとう。 | パンパース公式

Saya dah nangis.. I've cried..










JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA










Tuesday, September 9, 2014

Begini

Oh,
Begini perasaannya.

Ya Allah, permudahkanlah.

Jazakallah Khairan Kathira,
Nadia

Friday, September 5, 2014

Pulau Redang 3H2M 2014 (Redang lagoon)


Tahun ni kami berkesempatan untuk ke Pulau Redang lagi
First time gi dulu tahun 2012
Duduk di Redang Holiday yang nightmare.
Service teruk makan tak sedap.
So this time kitorang nak try duduk di Redang Mutiara pulak
Kawan aku recommend kata best makan sedap semua.

Wednesday, September 3, 2014

Love you


I love you, 
For all that you are, 
all that you have been-- 
And all you are yet to be


Tuesday, September 2, 2014

Redang 2014


Still dalam mood Redang..

Ahkak belanje gambar dulu la ye.

Sila muntah darah sekarang.










Cerita nya di post akan datang ye..

Kerja menimbun ni..

ZzzZzzzZzzzz
Eh?

Kerja lagi lah!

JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA

Remembering MH17 & Pray for Gaza




JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA

Kerja....


Selesai sudah percutian selama seminggu

Now, kerja.
ZzZzZzZzZzzzzzz

Eh?

Kerja lah!


JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA

Tuesday, August 26, 2014

MMU Convocation 2014


Alhamdulillah.
Tahun ni dapat juga hadiri majlis konvokesyen pelajar.

Budak2 Diploma In Accounting yang bergraduasi tahun ni memang saya ajar diorang tax.
Terharu.

Guys, now I am sitting right here hearing your name being called. 

You guys seems different than the first day I saw you.

Just go dear be somebody better than me. 

All the best to all of you class of 2011-2014.

Remember me once if not always.



Tahniah untuk semua!!!!

JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA

Saturday, August 23, 2014

MMU Graduation Dinner 2014

Jumaat malam hari tu attend
MMU Graduation Dinner 2014.

First time diadakan untuk students.
Aʟнαм∂υʟíʟʟαн ramai jugak yang datang.

Friday, August 22, 2014

Warna

Warna2 suram tak semestinya hitam.

Pakai pink belacan boleh jugak aih.

Pakai la putih pun xpa.

Suram ja tengok.

Nak pakai lip lap pun boleh aih.

Bukan kena kat hangpa. Apa hangpa kisah.

AlFatihah ngan Al-Kahfi jangan lupa no.

p/s: kekadang manusia hanya tengok kesalahan orang lain. Kalau dah tak suka kat orang tu, depa buat apa pun tak betui.

Jazakallahuma Khairan Kathira,
Nadia

Thursday, August 21, 2014

Jalan2 open house


Musim raya ni mesti banyak openhouse korang pergi kan.
Kat sini pun sama jugak.
Aʟнαм∂υʟíʟʟαн tahun ini banyak jugak openhouse yang SA dapat pergi.

Tuesday, August 19, 2014

Kedai cendol tepi kedai kain (Tangkak, Johor)


Sapa orang Tangkak mesti tahu kedai ni.
Cendolnye terbaik--
dihidangkan dalam mangkuk kaca.

2nd post from mobile

Perghhhh jakun rasa.
Tetiba hari ni tergerak nak cari blog editor dalan Play Store.

Kalau tahu la ade apps ni memang tak bersawang dah blog.

Okey  semangat baru nak blogging.

Jazakallah.

I miss you


Dont you worry, love-- 
i'll smile at you when no one does.


Monday, August 18, 2014

Pray for Gaza (Merchandise - Eprinting House)

Isu Gaza tak penah habiskan. 
InsyaAllah berkat doa kita semua moga Palestin dapat dibebsakan dari gengaman Zionis Israel.

Jangan berhenti berdoa ye.

Untuk sesiapa yang ingin mencari baju2 atau lencana yang menunjukkan sokongan anda boleh la ke FB ni

Friday, August 15, 2014

Open house


Jenuh atur openhouse kan 
minggu ni.

:)

JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA

Monday, August 11, 2014

Bahagia ke?


Seorang kawan telah bertanya kepada saya melalui FB pada 6 Ogos 2014 lalu.

Pertanyaan nya
"Nadia, aku nak tanya sikit ni. Macam mana eh ko nampak cam bahagia je.
Walaupun ko takde anak lagi. Aku tengok suami ko cam ok je.
Die tak kisah ke xde anak. Macam mana eh ko happy je.
tak sedih ke."

Friday, August 8, 2014

Pagi raya


Tahun ni turn raya di umah mertua di Tangkak.

Pagi raya mesti call mama abah semua kan. 
Call sebelum solat raya takde orang angkat.

Faham ke?


Bila ada orang kata 
Die faham perasaan kite.

Salam Aidilfitri 2014


Wah seminggu dah lepas raya baru nak salam Aidilfitri kannn...

SALAM AIDILIFITRI SEMUA.
MAAF ZAHIR & BATIN

Akak belanja gambar raya ye.

Thursday, August 7, 2014

Auni Hafiya 1st Birthday

Rasa macam semalam je aku post pasal minah toek baru lahir.
padahal aku dah lame tak update blog.

10 tip berguna mendidik anak umur 0 hingga 3 tahun.

Satu post yang saya sangat tertarik.
Sesuai untuk semua ibu-ibu dan bakal ibu.

Thursday, July 24, 2014

Kisah Perantau Minang di Ulu Yam Di Liverpool. (Review)

Lately ni saya banyak baca kisah saudara ni.
Namanya En Nazali Noor.
Kenal dia pun dari Mama dan Nawwar.
Nawwar sangat sangat obses dengan Facilities Management

Wednesday, May 28, 2014

TO HUSBANDS & WIVES: BEFORE YOU WERE “MOMMY” AND "DADDY"


When we found out that we were pregnant with my son (now 4), my husband and I became one of those “new parent” couples. We researched together, shopped together and made every choice surrounding the arrival of our new baby together. I’m talking right on down to the discussion of which wipes would represent the Thompson household. We went with pampers if you were wondering. If there was an amazing-race-like-show that somehow incorporated preparing for a new baby, we would have been all over that. We were a team.

Wednesday, May 21, 2014

10 ways to help your child perform better in school

shutterstock 91873031 10 ways to help your child perform better in school
Help your child perform better in school by maximising her potential.
Do you feel that something is amiss with your child’s performance in school? And more importantly, is there anything you can do about it?
Alan Yip — the founder and peak performance coach of MINDEDGE — shares with you 10 ways to help your child perform better in school.

Wednesday, February 5, 2014

Dapatkan Takaful A-MAS (Pelindungan+Perubatan+Simpanan)

A-Mas (Pelindungan+Perubatan+Simpanan)

Produk A-MAS  (Perlindungan+Pelaburan+Perubatan)

1.Pakej  INDIVIDU
i) Perlindungan
Kematian ( sum covered)
Penyakit kritikal ( critical illness)
Perlindungan kemalangan/kematian akibat kemalangan ( EPA + RCC)
Penepian caruman (waiver of contribution)
Opsyen lain:
MIRC ( critical illness)
Elaun kemasukan wad
Elite Lady (wanita)

ii)Perubatan (Kad medik)
RM 90k setahun dan tiada had untuk seumur hidup(pelan minima 150)
Free ko-takaful belanja kurang RM22 000
Extra Dialisis RM 80 000
Extra Kanser RM 112 000
Lawatan pakar perubatan maks 240 hari setahun
60 hari faedah sebelum penghospitalan
120 hari faedah selepas penghopitalan (rawatan susulan)
Elaun kemasukan wad jika mendapatkan rawatan di hospital kerajaan
Dewasa (RM45 sehari) Kanak-kanak (RM135 sehari)
Lain-lain rujuk Jadual Kelebihan A-Medik

iii)Simpanan
Jangkaan simpanan 10, 15, 20 tahun
Sebarang claim yang dibuat tidak akan menjejaskan simpanan.
Boleh dikeluarkan bila-bila masa (baki minima dalam akaun RM1000)

2. Pakej KELUARGA 1
( Suami + Isteri + 4 orang anak )
i) Perlindungan suami @ isteri (salah seorang)
Kematian ( sum covered)
Penyakit kritikal ( critical illness)
Perlindungan kemalangan/kematian akibat kemalangan ( EPA + RCC)
Penepian caruman (waiver of contribution)
Opsyen lain:
MIRC ( critical illness)
Elaun kemasukan wad
Elite Lady (wanita)

iii)Perubatan (Kad Medik) untuk semua (pelan minima 150)..
   Suami  :  RM90k setahun
   Isteri    :  RM90k setahun
  Anak 1 :  RM 90k setahun
  Anak 2 :  RM90k setahun
  Anak 3 :  RM90k setahun
  Anak 4 :  RM90k setahun
Untuk semua tiada had (unlimited) bagi seumur hidup
Faedah lain sama seperti di atas ( setiap seorang memperolehinya)
Lain-lain rujuk Jadual Kelebihan A-Medik

iii) Simpanan
Dalam 1 akaun
Jangkaan simpanan 10, 15, 20 tahun
Sebarang claim yang dibuat tidak akan menjejaskan simpanan.
Boleh dikeluarkan bila-bila masa (baki minima dalam akaun RM1000)


3. Pakej KELUARGA 2
( Suami + Isteri + 4 orang anak )
i) Perlindungan suami dan isteri ( kedua-dua mendapat perlindungan)
Kematian ( sum covered)
Penyakit kritikal ( critical illness)
Perlindungan kemalangan/kematian akibat kemalangan ( EPA + RCC)
Penepian caruman (waiver of contribution)
Opsyen lain:
MIRC ( critical illness)
Elaun kemasukan wad
Elite Lady (wanita)

ii) Perubatan (Kad Medik) untuk semua (pelan minima 150)..
   Suami  :  RM90k setahun
   Isteri    :  RM90k setahun
  Anak 1 :  RM 90k setahun
  Anak 2 :  RM90k setahun
  Anak 3 :  RM90k setahun
  Anak 4 :  RM90k setahun
Untuk semua tiada had (unlimited) bagi seumur hidup
Faedah lain sama seperti di atas ( setiap seorang memperolehinya)
Lain-lain rujuk Jadual Kelebihan A-Medik

iii) Simpanan
Dalam 2 akaun
Jangkaan simpanan 10, 15, 20 tahun
Sebarang claim yang dibuat tidak akan menjejaskan simpanan.
Boleh dikeluarkan bila-bila masa (baki minima dalam akaun RM1000)


Hubungi saya untuk mendapatkan quotation percuma!
0196089153(Whatapps/SMS)
nadia.harnisa.rahman@gmail.com

Jangan lupa sila nyatakan pilihan pakej, umur anda beserta pasangan, jumlah anak (jika pakej keluarga), pekerjaan dan budget bulanan anda untuk saya sediakan quotation yang bersesuaian dengan budget anda...


JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...