Friday, November 4, 2011

Hadith #6 Jangan Salah Asuhan

Hadith :
Dari Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash, katanya: “Bahawa Rasulullah s.a.w. berkata: “Dari pada dosa-dosa yang berat; seseorang memaki ibu bapanya.” Bertanya orang yang hadir kepada beliau; Ya Rasulullah s.a.w. adakah orang yang memaki ibu bapanya? Jawab beliau: Ya, dia memaki-maki bapa orang lain, orang itu memaki bapanya pula, dan dia memaki ibu orang lain, orang itu memaki ibunya pula.”



(Muslim)


Huraian
Elemen akhlak dan pekerti mulia tetap diberi perhatian dalam Islam. Keluhuran peribadi seperti bersopan-santun, berbudi bahasa dan suka membantu perlu dipraktikkan sentiasa. Dalam hal ini sememangnya keluarga memainkan peranan yang besar dalam mendidik, membimbing dan mencorakkan keperibadian seseorang individu semenjak dilahirkan. Ia mampu mempengaruhi persekitaran dan mewujudkan suasana aman tanpa sebarang pergaduhan. Hadis di atas mempamerkan betapa dari aspek budi bahasa mencerminkan budi pekerti seseorang. Mencaci maki, menyumpah seranah dan yang seumpama dengannya tidak membawa kebaikan kepada sesiapapun malah ia memalukan sesiapa yang menuturkan, begitu juga ia akan memalukan ibu bapa yang berkenaan. Justeru dalam membentuk masyarakat yang baik dan beradab semuanya bermula daripada didikan akhlak yang betul. Salah asuhan menjadikan masyarakat kacau bilau dan di antara satu sama lain tidak terjalin persefahaman dan kasih sayang.


Sumber http://ii.islam.gov.my


Miss them.. :(
     



See you soon blogger,

Thursday, November 3, 2011

You are so Dear........


Lagu ni pernah jadi ringtone saya satu ketika dulu.
Penyanyi nya sangat comel.

Amy Castle - The Original Cuppycake Video

You're my Honeybunch, Sugarplum Pumpy-umpy-umpkin, You're my Sweetie Pie 
You're my Cuppycake, Gumdrop Snoogums-Boogums, You're the Apple of my Eye 
And I love you so and I want you to know That I'll always be right here 
And I love to sing sweet songs to you 
Because you are so dear

Dan ini ketika beliau berumur 18 tahun

Sumber : http://cl.ly/2o2z2W201p1M2c0t2D24.


See you soon blogger,

Wednesday, November 2, 2011

Saya sakit.. uhuk uhuk uhuk

Akak batuk muka macam ini ke?... Huhuhuhu

"Puan,saya ingin meminta maaf kerana tidak dpt hadir ke class pada pkol 10-11 pagi tadi kerana saya mengalami sakit batuk kering dari mlm semalam smpai tak boleh tido dgn tenang..kalau ade kerja tutorial harap puan boleh bagitau,saya akan cube siapkan nye sebaik mungkin..minta maaf,terima kasih.."

Aduhai adik...... 
Saya batuk-batuk dah sampai 2 minggu saya masuk jugak kelas.. 
Saya ulang gi klinik 2 kali saya masuk jugak kelas...
2 minggu saya memang tak tido lena saya masuk jugak kelas.. 
Saya batuk sampai tonsil saya bengkak + kena infection saya masuk jugak kelas. 


Jadi adik, 
jangan bagi alasan. 
Bile tak datang jangan menunding jari 
salahkan batuk salahkan tido. 
Saya marah?.. 
Tak.. 
Adik bukan budak kecik lagi untuk dimarah. 
Bukan adik tak boleh fikir adik dah besar. 
Jadi
Apa-apa jadi nanti tanggung la sendiri ye.
Jawapan saya untuk adik

"Sila jaga kesihatan dan sila hantar sijil cuti sakit"



See you soon blogger,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...