Iklan sat

Monday, August 11, 2014

Bahagia ke?


Seorang kawan telah bertanya kepada saya melalui FB pada 6 Ogos 2014 lalu.

Pertanyaan nya
"Nadia, aku nak tanya sikit ni. Macam mana eh ko nampak cam bahagia je.
Walaupun ko takde anak lagi. Aku tengok suami ko cam ok je.
Die tak kisah ke xde anak. Macam mana eh ko happy je.
tak sedih ke."


Dari hari tu saya asyik tengok message itu--
fikir macam mana hendak jawab.

Sampai ke hari ini saat saya menulis di blog ini saya masih belum jawab kepada beliau.
Mesti dia ingat saya marah kan--
padahal saya juga mencari apa punca yang membuatkan saya bahagia.
Sehingga hari ini juga--
saya tidak dapat cari penyebab kebahagiaan saya.
Pada suami, SA
Pada ilmu
Pada kerja
Pada rumah
Pada keluarga
adakah ini yang buat saya bahagia?
Namun saya tidak ketemui apa punca utamanya

Akhirnya saya tahu--
Kebahagiaan ini bukan terletak pada
orang
harta
benda
keupayaan
situasi

Kebahagiaan saya adalah kerana saya--
kerana saya memilih untuk bahagia--
kerana saya pilih untuk gembira--
kerana saya pilih untuk menjadi saya.
Saya juga pilih untuk tunjukkan apa yang saya ingin orang lihat.
Saya mahu orang lihat saya bahagia.
Saya hanya tunjuk duka saya dengan Pencipta saya--
kerana orang di sekeliling saya juga tidak boleh buat apa2 dengan kedukaan saya.
Bersedih dan bercerita pada Allah yang maha mendengar.

Takde anak?
apa sahaja yang saya boleh buat melainkan-
berusaha berusaha dan berdoa.
Dan TAWAKAL.
Minta pada Dia yang satu.

Saya tak boleh membaca hati suami saya--
namun saya sentiasa medidiknya agar redha dengan ketentuan Ilahi.
Siapa lagi mahu mendidik suami jika tidak isteri sendiri.
Sepertimana dia selalu mendidik saya dalam hal kehidupan rumah tangga.
Suami isteri pelengkap kehidupan masing2.

Ada lebihnya saya ada kurangnya dia.
Ada lebihnya dia ada kurang nya saya.

Dan dalam setiap lebih dan kurang itu,
Saya memilih untuk bahagia.

Alhamdulillah sudah 3 tahun kami bersama.

Dan sekarang saya sudah tahu apa jawapan saya.


Bonda & Papa


JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...