Friday, June 29, 2012

Hadith #13 Sikap Yang Baik

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.”


Tuesday, June 26, 2012

Cuti-cuti Malaysia #2

Time Anniversary tu kire Cuti-cuti Mesia No 1 la eh.

Hehehehehehe

Ni untuk cuti kali ini kami ke Terengganu pulak...
mane lagi
PULAU REDANG.

Monday, June 18, 2012

Tahniah Nana

Alhamdulillah Nana dah selamat bertunang dengan Muhammad hari sabtu lepas.
SA tak dapat datang.
Ramai yang tanya pasal die time kenduri tu.
Just dapat jawab dia kene kerja.

Friday, June 15, 2012

Hadith #12 Berusaha Mencari Rezeki

Hadith :



Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:“Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.”

Riwayat At-Tabrani



Thursday, June 14, 2012

Kerja.. Sian SA..


Sekarang SA busy sangat-sangat.
Kilang yang dia jaga tukar mesin untuk rawatan air yang baru.
Jadi hari-hari kena stay back
Semalam pukul 1.00 pagi baru die balik.
Kesian dia.

Tuesday, June 12, 2012

Kami yang baru SETAHUN jagung..

10.06.2012
Kami dah SETAHUN bersama.
SA nak sambut berlainan sedikit.
Dia nak mancing sebenarnya  sambut ala-ala romantika di amor gitu
So kami sambut ULANGTAHUN YANG PERTAMA kami dengan berkhemah di tepi pantai.
Romantik tak.
Wait till you see the picture..
Auuwwwww.. Hahahahaha..

Sunday, June 10, 2012

Happy 1st Anniversary Sayang

Selamat ulangtahun perkahwinan kita yang pertama sayang.

Moga kasih sayang kita kekal hingga ke hujung nyawa.


FIRST strong year.. Alhamdulillah

Perkahwinan kami masuk ke tahun pertama.

So, saya nak post semua perkara pertama kali \(*_*)/

Friday, June 8, 2012

Hadith #11 Sujud syukur

Hadith :
Dari Abu Bakar r.a bahawa “Nabi Muhammad SAW biasanya apabila menerima berita yang mengembirakan baginda terus sujud kepada Allah.” 
Ahmad

Thursday, June 7, 2012

Kau yang comel di hatiku #4


SA: Sayang, dengar Sinar Fm sekarang
NH: Kenapa?
SA: Dengar je la
(Nasib baik Astro ada sekali dengan Sinar FM)

Tuesday, June 5, 2012

Setahun sebelum



Tarikh ini pada tahun lepas:

Aku baru pi urut-urut, buat facial, sauna, lulur & mandi bunga
Ramai dah sedara jauh2 especially tok-tok belah abah berkumpul kat umah
Kelambu kat dalam bilik dah pasang dah.
Stor belakang dah penuh ngan barang-barang runcit
Abah dok basuh longkang
Dok letak sticker kat labu sayong
Jantung berdegup kencang
Tidoq malam pun tak lena dah
Tak tau nak rasa apa
Takut + Nervous + Happy + Nak Nangis (awat?.. tak tau!)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...