Lately ni saya banyak baca kisah saudara ni.
Namanya En Nazali Noor.
Kenal dia pun dari Mama dan Nawwar.
dan sangat berharap dapat sambung belajar di Liverpool.
Adik saya yang sorang ni (Nawwar) sangat bagus dalam persiapan diri
Even kalau masa dia study dulu dia kalau masa dia ada kelas (sekolah ke U ke)
jangan harap nak bawak dia gi jalan2 sebelum tu.
Dia akan study apa yang dia akan belajar untuk hari tu.
Sebab tu la dalam family kami dia la yang selalu dapat straight A.
Selalu jadi kebanggaan kami.
Bila tengah menyiapkan diri untuk ke luar negara dalam bidang facilities management, Nawwar telah mengenali En Nazali dari cariannya.
Namun, rezeki untuk Nawwar untuk menyambung pelajaran belum kesampaian lagi apabila permohonan nya untuk mendapatkan biasiswa MARA belum berjaya.
"Awai, Kak Ya doakan impian awai nak ke luar negara tu akan tercapai"
Nanti kita apply untuk PhD pula ya.
Jadi, Nawwar selalu la bercerita pasal En Nazali ni dan Mama pun terpengaruh sama.
Bermula dengan status2 En Nazali Noor di telah di 'share' oleh mama jadi saya pun mulalah mengenali En Nazali ni (kenal di dalam maya sahaja)
Makin lama seronok pula baca kisah2 dia di perantauan sana
sampailah saya beli buku beliau yang bertajuk Ulu Yam di Liverpool.
Buku yang pertama itu berkisar tentang zaman kanak2, remaja di universiti dan seorang pemuda sebelum beliau berhijrah ke Liverpool.
Kisah seorang Nazali yang di panggil Onn oleh keluarganya.
Kisah tentang ibu bapanya yang sangat menyokong beliau.
Kisah adik-beradiknya yang sangat suka berkorban untuk kesejahteraan keluarga mereka.
Bila saya baca kisahnya itu,
dari segi asal usul mereka lebih kurang sama dengan asal usul kami sekeluarga.
En Nazali, seorang yang asalnya orang minang, kampungnya di Ulu Beranang (memang tempat minang tu)
Abah saya pun orang minang yang asalnya di Kampung Sg Jai, Lenggeng.
Bersebelahan je dengan Ulu-Beranang tu. Ramai saudara kami pun ada rumah di Ulu Beranang tu.
Isteri En Nazali pula berasal dari Selama Kedah.
Kampung sebelah mama pula di Selama Perak.
Kampung sebelah mama pula di Selama Perak.
Bersebelahan jugak.
Bila saya baca saya rasa macam baca buku biodata salah seorang dari family kami.
Buku pertamanya banyak menceritakan dari mana beliau mendapat semangat untuk berhijrah,
dari mana detik permulaan penghijrahan beliau.
Dari seorang pegawai bank ke sorang pendidik.
Itulah permulaan hijrah beliau.
Untuk memberi gambaran kepada anak-anak bandar tentang bagaimana hidupnya di kampung.
bagaimana harusnya kita tidak mudah putus asa
bagi saya buku ini sangat sesuai untuk mereka.
Dengan gen-gen minang yang kuat dalam diri En Nazali, beliau merupakan seorang perantau tegar baru di Liverpool kini.
Semasa lawatan keluarga saya ke Padang dan Bukittinggi Indonesia pada tahun 2011 dulu
Abah saya memang kelihatan sangat gembira.
Saya tahu dalam hati beliau mesti tertancap "Inilah kampung aku dulu"
Sampaikan abah sentiasa bercakap dalam dialek minang semasa di sana.
Yang bestnye banyak la harga murah yang kami dapat.
Semasa kami melawat sebuah Rumah Gadang yang juga menjadi pusat pelancongan di sana,
Kami telah diperkenalkan dengan budaya minang, asal-usul orang minang.
Hati saya tertarik dengan ayat dari pegawai penerangan pusat itu yang berbunyi begini.
"Dalam masyarakat minang apabila sudah akil baligh, para pemuda tidak lagi dapat tidur di rumah orang tuanya, karena rumah hanya diperuntukkan untuk kaum perempuan beserta suaminya, dan anak-anak. Mereka akan tidur di masjid2 di luar rumah.Jadi selalunya mereka akan merantau. Jiwa mereka adalah jiwa merantau. Sesiapa yang merantau akan dipandang tinggi oleh masyarakat Minang. Mereka sangat digalakkan untuk merantau. Para perantau yang pulang ke kampung halaman, biasanya akan menceritakan pengalaman merantau kepada anak-anak kampung. Daya tarik kehidupan para perantau inilah yang sangat berpengaruh di kalangan masyarakat Minangkabau sedari kecil. Siapa pun yang tidak pernah mencuba pergi merantau, maka ia akan selalu diperolok-olok oleh teman-temannya. Hal inilah yang menyebabkan kaum pemuda Minang memilih untuk merantau"
Bila saya dengar je, terus saya tengok Abah. Abah memang suka merantau.
Dari umur 12 tahun abah dah ke Tanjung Malim untuk bersekolah di Sekolah Dato Abdul Razak.
Lepas belajar terus bekerja di Kuala Lumpur padahal kampungnya ketika itu di Seremban.
Selepas itu abah bekerja di Pulau Pinang
Dan sekarang abah menetap ni kampung mama di Selama Perak.
Abah memang ada jiwa perantau.
Dan saya rasa saya juga mempunyai jiwa yang sama seperti abah.

Yela rumah di Selama, Perak
Belajar di Pahang
Bekerja di Melaka.
Walaupun tak la jauh mana tapi perantau juga kan. Hehehehe
Berbalik kepasa cerita En Nazali.
Apabila saya baca kisahnya lagi kuat untuk mengesahkan teori ini.
Teori aje pun kan.
Orang lain bukan orang minang pun berhijrah juga kan.
Hehehehe.
Jujurnya, Ulu Yam di Liverpool 2 sangat menarik perhatian saya.
En Nazali telah menceritakan tentang bagaimana penghijrahannya dari Ulu Yam ke Liverpool.
Tidak mudah perjalanannya.
Namun, saya kira beliau kini telah dapat merasai kemanisan dari setiap kepayahan dulu.
Dimana sekarang ramai bangsa2 asing turut berbangga dengan beliau.
Sapa kata beliau tak patriotik.
Beliau secara tak langsung telah berjaya mengharumkan nama Malaysia tau.
Dimana sekarang ramai bangsa2 asing turut berbangga dengan beliau.
Sapa kata beliau tak patriotik.
Beliau secara tak langsung telah berjaya mengharumkan nama Malaysia tau.
Di dalam cerita hijrah nya
terdapat banyak cerita sampingan yang berkisar tentang saat2 suka duka
di bantu orang
di tipu orang
jatuh bangun mereka sekeluarga
Buku ini boleh saya katakan bukan sahaja buku mengenai penghijrahannya
tetapi mengisarkan tentang siapa orang2 di sekeliling kita yang seringkali kita lihat wataknya di drama-drama televisyen.
Saya yakin ramai pembaca2 akan menemui diri mereka juga di dalam buku tersebut.
Oleh itu, buku ini juga sesuai dijadikan buku motivasi untuk setiap orang.
Paling menarik, beliau sangat menyayangi isterinya, Ainon (Kak Ain)
Kak Ain bagi saya seperti seorang bidadari syurga yang sangat baik budi pekerti nya.
Pengorbanannya, kesetiaannya, dan kebijaksanaan nya dalam menguruskan rumah mereka sangat sangat saya kagumi.
Moga saya dapat menjadi seperti Kak Ain.
Saya juga suka membaca kisah anak-anak mereka Najwa Najmi Najman Adam & Awwab.
InsyaAllah, saya akan didik anak2 saya menjadi seperti mereka.
Akhir sekali, selepas membaca buku ini pasti kita akan ada persepsi lain tentang hijrah.
Oh ya, bila baca nanti sediakan tisu banyak2 ya.
Di kedua2 buku tersebut, baru baca bab pertama dah merambu air mata.
Abah kata "gembeng"
JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA
No comments:
Post a Comment