Iklan sat

Friday, September 5, 2014

Pulau Redang 3H2M 2014 (Redang lagoon)


Tahun ni kami berkesempatan untuk ke Pulau Redang lagi
First time gi dulu tahun 2012
Duduk di Redang Holiday yang nightmare.
Service teruk makan tak sedap.
So this time kitorang nak try duduk di Redang Mutiara pulak
Kawan aku recommend kata best makan sedap semua.


So sekitar April hari tu booked bilik di Redang Mutiara dengan 6 orng peserta
Saya, SA, Adib (sepupu SA), Nurin (sepupu saya), Zack & Mekna (Kawan SA)
Jadi kami 3 bilik twins.
excited la kami.
Kami pilih tarikh 28/8/2014 - 30/8/2014
Hari khamis sampai sabtu

Kami ambil pakej RM339 seorang
Pakej ni termasuk:
 Bilik, 
Makan (2 breakfast, 2 lunch, 2 high tea, 1 dinner, 1 dinner BBQ)
Aktiviti Snorkeling (peralatan snorkeling x masuk tapi bayar RM20 je untuk 3h tu)
Bot penghantaran dari Jeti Merang - Pulau Redang -Jeti Merang

27/8/2014 hari rabu tu kami ber4 (Saya, SA, Nurin & Adib) gerak pukul 3 dari Melaka singgah Tangkak kejap.
Kul 6 gerak dari Tangkak ke Kuala Terengganu
kami ikut Jalan Segamat-Muadzam-Kuantan-Cheneh-Dungun-Kuala Terengganu.
Sampai Cheneh tu ade highway terus ke KT tapi tak kene bayar lagi.
Jadi cepat sikit sampai

Kami sampai di KT dalam pukul 2 pagi.
Takkan nak ke Jeti kul 2 pagi kan.
Jadi kami cari la hotel dalam KT.
Kami check-in di J Suites Hotel.
Hotel baru beroperasi 3 minggu.
RM90 saja semalam
kami ambil satu bilik saja. yang ade 2 super single.

Esok pagi2 selepas subuh dalam pukul 7 pagi kami dah gerak ke Jeti.
Sampai jeti dalan kul 8.
Sarapan di Jeti dang tunggu Zack & Mekna sampai sbb diorang naik flight je dari KL.

Dalam pukul 10 kami gerak ke Pulau Redang dengan Bot.
Sampai di Pulau redang dalam pukul 10.40
Sampai2 je bot bawa kami ke Redang Lagoon bukan Redang Mutiara.
Korang rasa apa kami buat..
Ape lagi ngamuk la
terus call person incharge , En Khairul tu.
Rupenye En Khairul kata diorang terover booked Redang Mutiara
sebab tu diorang transfer kitorang ke Redang Lagoon
Perghhh
Yang nak marah nye sebab pagi tu baru jumpe die tapi die tak cerita pun
kalau die cerita awal-awal xde la kami terkejut
Saya dahla memang nak try duduk kat Redang Mutiara sebab private beach then kawan aku kata makanan die sedap dan tempat die best.
Terus SA pun call En Khairul sekali lagi
Die kate die malu la kat kawan2 die sebab kawan2 die expect duduk kat Mutiara
Then En Khairul arrange kan satu bot untuk kitorng
Die bawak ke Redang Mutiara
Lunch kat situ then diorang bawak snorkeling pastu minum petang kat situ
Die bagi kitorang satu bilik untuk kitorang salin2 baju dan rehat2.
Sampai je dekat Mutiara ya ampun ramainye manusia bayangkan ade satu company bawak 120 staff datang situ dengan orang lain2 lagi. patutler over booked.
Makan pun rasa ala kadar je mungkin sebab ramai orang kot.
Masa tunggu nak snorkeling pertama kali tu kitorang bincang lepas snorkeling kitorang stay dekat Redang Lagoon je la.
Rasa macam Redang Lagoon tak la ramai sangat cam tuh.
Start dari petang tu kitorang terus duduk di Redang Lagoon je.
Setiap perkara ada hikmahnya kan.
Ternyata Redang Lagoon ni lagi best.
Alhamdulillah

Tempat die redup je.


Sekitar bilik2 banyak buai2 macam ni.

Memang lawa SubhanAllah.
Makan pun sedap
Time BBQ pun die bagi kite bakar sendiri




Memang puas hati la  duduk di Redang Lagoon..
Memang terbaik.
Owner pun Muslim jadi tak ragu2 sangat dengan masakan die.
Most of the resort dekat sana owner chinese.
Redang Mutiara pun owner Muslim.

Lepas ni kalau nak gi kena pikir banyak kali kalau nak duduk Redang Mutiara.
Tapi kalau Redang Lagoon memang on aje.

Okey gambar sekitar resort ye.
Resort ni terletak di long beach.



Ni pantai sebelah kiri / depan resort


Ni bilik2 nye


Banyak kan buai2 gi ni.. best tau






Ni pantai sebelah kanan resort.


Pantai sebelah kiri / depan resort




Betul2 depan resort ada bukit. boleh la photoshoot di situ ye

Boleh tengok website diorang untuk pakej dan tempahan

http://www.redanglagoon.com/


p/s: lepas ni nak try Pulau Perhentian pulak. Ada cadangan?


JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...