Iklan sat

Wednesday, July 25, 2012

Zakat Fitrah

InsyaAllah tahun ini tahun kedua SA akan bayar zakat fitrah untuk saya


 Kadar Zakat bagi semenanjung Malaysia


Tahun lepas SA bayar zakat dekat Melaka je.
Masa tu dekat JJ ade kaunter zakat jadi bayar dekat situ.
Jadi kadar zakat kami pada tahun ni RM6.50 seorang.


Ibnu Umar meriwayatkan: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu segantang kurma atau gandum.”

5 waktu mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan:
  • Wajib : Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Paling Afdhal : Sebelum Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri
  • Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
  • Makruh : Selepas Solat Sunat Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
  • Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada’. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
Kadar zakat fitrah adalah bersamaan satu gantang beras iaitu atau bersamaan 2.3 kilo beras atau sesuatu yang sama nilai dengannya.
Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Idul Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal.


JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA

See you soon blogger,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...