Iklan sat

Tuesday, July 24, 2012

Duit Kecik???

Saya tak suka kalau pergi kedai beli barang then peniaga tu tanya
"Kak, ade duit kecik tak?"



Saya tak tahu awak macam mana
tapi saya akan bayar dengan duit yang paling kecik yang saya ada

Then saya akan jawab
"Kalau ada duit kecik dah lama dah saya bagi"

Then lepas tuh boleh pulak bagi duit baki pada saya.

Tapi bagi saya sebagai peniaga kena la sediakan duit secukupnya.
Kalau takada duit tukar kenala pergi cari
Saya tak kisah menunggu sebab itu hak saya
Bayangkan harga yang saya perlu bayar RM3 dan saya beri RM10.
Itu pun dia tanya lagi!!!

Pernah sekali tu dekat RnR Seremban.
Saya mahu bayar total RM18 saya beri RM50.
Sampai kan dia kata akak pergi pecahkan dulu nanti datang bayar kat sini.
Jadi saya yang kena buat kerja?
Senang buat duit!!!!!
Jadi saya letak balik barang2 itu saya terus beli di tempat lain.
Kalau awak nak kata saya kurang ajar tak apa.
Tapi saya memang nak beri pengajaran pada Si Pekerja Kedai.
Saya puas hati.
Alang-alang saya nak kena tukar duit kat kedai lain 
baik saya beli kat kedai itu je. 
Padan muke kan.

Lain kali, sediakan payung sebelum hujan.. eh eh eh...
Sediakan duit kecik banyak2.

Duit baru.. Bile nak dapat????



JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA
 
See you soon blogger,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...