Iklan sat

Thursday, July 12, 2012

Lasagna.

Malam tadi buat lasagna 
Amik kau.
njak diet tapi lasagna pulak.



Nak try buat sebab oven baru diambil dari umah MIL
SIL yang bawak ye
Die tumpang umah sempena sebulan beliau praktikal di Melaka
So bulan ini saya berteman.
Hehehehehe. 
Actually dah start dari 18 June hari tu
Now tinggal lagi seminggu je la dia ade.

Nak buat Lasagna ni tak susah

Resepi dari kawan saya:- 

Bahan-bahan inti daging :-
  1. Kepingan lasagna - rebus sekejap (jangan lama nanti hancur)
  2. Sos Prego - 14oz
  3. 1 tin Cendawan butang 
  4. Daging kisar/cincang - 400gram  
  5. Serbuk lada hitam
  6. Serbuk Oregano
  7. 1 Bawang besar di dadu
  8. 5 ulas Bawang putih di dadu
  9. Sos cili 1 sudu besar (taknak pun takpe)
Bahan-bahan sos putih:-
  1. 2 sudu besar butter
  2. Keju Mozarella
  3. Keju Parmesan (kalau nak lagi chessy, tak ada tak apa)
  4. Keju Cheddar (Guna 2 keping Cheesedale pun takpe)
  5. Garam
  6. 250ml susu full krim/fresh milk
  7. 2 sudu besar tepung gandum
Cara buat inti daging

  1. Masukkan 4 sudu besar minyak masak (kalau guna minyak zaitun lagi bagus)
  2. Tumis bawang-bawang yang di dadu tadi sampai naik bau
  3. Masukkan daging sampai masak
  4. Masukkan  garam, serbuk oregano & serbuk lada hitam
  5. Masukkan cendawan butang
  6. Masukkan sesudu sos cili
  7. Gaul sampai daging masak
Cara buat Sos Putih
  1. Cairkan butter
  2. Masukkan 2 sudu besar tepung gandum (Api kecik je, gaul sebati)
  3. Masukkan susu 
  4. Masukkah Keju Cheddar/cheesedale 
  5. Kacau sampai sebati
  6. Garam sikit
  7. Kacau sampai likat.
Cara melapi Lasagna
  1. Guna loyang yang sesuai. Suka hati nak guna apa pun
  2. Susun kepingan lasagna sampai tutup semua ruang
  3. Tabur daging inti tadi
  4. pastu tuangkan sos putih. lagi banjir lagi bagus sampai tutup isi daging tadi
  5. Tutup dengan kepingan lasagna.
  6. Ulang balik (3) & (4)
  7. Yang last mesti sos putih dan cheese yang ditabur (standard 3 layer je.)
  8. Taburkan cheese Parmesan & Mozarella tadi.
  9. Masukkan dalam oven & bakar
  10. Bakar sampai keju tu perang (Guna api atas bawah ye)
  11. Siap...
Gambar hiasan semata-mata


JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA
 
See you soon blogger,

2 comments:

Nadot said...

hantar putrajaya pleaseeee... =)

NH said...

Baru nak hantar tapi tengok entry kiraan kalori ko tak jadi dah weyh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...