Hadith
:
Sabda Rasulullah s.a.w
yang maksudnya:” Sesiapa yang memberi nafkah kepada isterinya, anaknya dan ahli
keluarganya, maka ia(iaitu nafkah) yang diberikan adalah sedekah.”
Riwayat Ibn Majah
Huraian
Pengajaran hadis:
- Allah S.W.T mengamanahkan tanggungjawab tertentu kepada pasangan suami isteri. Ia merupakan ibadat yang mesti ditunaikan oleh pasangan.
- Si suami wajib memberi nafkah kepada keluarga yang mengikut kemampuannya. Dalam erti kata yang lain, berdosalah bagi suami yang menahan nafkah ke atas orang-orang yang di bawah tanggungannya.
- Nafkah terbahagi kepada dua iaitu nafkah batin dan nafkah zahir. Nafkah batin adalah tuntutan naluri semula jadi dalam mengadakan hubungan seks manakala nafkah zahir pula adalah meliputi perkara-perkara berikut: i) perbelanjaan keluarga ii) makan minum dan pakaian iii) tempat tinggal iv) keselamatan dan perlindungan.
- Dalam masyarakat hari ini, meskipun didapati kedua suami isteri sama-sama bekerja, namun tanggungjawab memberi nafkah masih tetap terpikul di bahu suami. Walau bagaimanapun isteri boleh membantu di mana yang sesuai. Sumbangan isteri kepada keluarga ini dikira sebagai sedekah yang akan dibalas dengan ganjaran yang besar oleh Allah S.W.T.
- Selaku umat islam kita hendaklah mencontohi rumah tangga Rasulullah s.a.w ke arah menjadikan keluarga sebagai syurga dunia. Untuk itu perjalanan hidup berumah tangga mestilah berpandukan ajaran Islam dan dijadikan tempat untuk merealisasikan ajaran tersebut secara menyeluruh
Sumber : http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=196
Di negara beliau mencari rezeki yang halal. |
Tweet
See you soon blogger,
No comments:
Post a Comment