Iklan sat

Tuesday, May 15, 2012

Decision

Sapa yang selalu baca blog ni (ada ka orang baca)
mesti tahu yang SA kerja di Seberang Tambak Johor, Singapura.
Jauh tu tak jauh sangat 3 jam jugak  dari Melaka (tu pun kalau tak jem.)
Hujung minggu jadi masa untuk kami bersama-sama
memasak
picit-picit jerawat
gengam-gengam tangan
dan lain-lain la.. :P
Tapi Alhamdulillah,
kami bahagia.
InsyaAllah doakan kebahagiaan kami berpanjangan.


Walau bagaimanapun, SA selalu jugak intai-intai kerja di Melaka ni.
Tapi, disebabkan gaji yang terima sekarang agak beza jadi kami pilih sikit la kerja di Melaka ni.

Pada minggu lepas SA ada interview di salah satu kilang buat ubat di Melaka ni.
Excited jugak sebab die dah suruh bawak latest payslip bagai.
Actually ni untuk 2nd interview.
Siap gi beli baju kemeja baru.
Al-maklumla kerja di Singapore tuh pakai uniform company tu saje.
Sampai je di kilang tu hanya SA je boleh masuk.
Nasib baik kilang tu dekat dengan pasaraya Cowboy (orang Melaka tahu la ni)
jadi saya pun gi la shopping sket kat sane sementara tunggu SA sebab kene parking pun kat luar.
Daripada duk dalam kete panas-panas baik la gi cuci mata. Hahahahaha

Then, dalam hampir satu jam SA call suruh amik. "Dah habis" katanya.
Jadi saya cepat-cepat gi kaunter untuk bayar dan terus amik die.
Masuk je kereta die sengih.

NH: Macam mane dapat ke
SA: Tak. (Sebek pulak) Tahu tak manager die salah letak position die letak Facilities Manager. Abang bahagian teknikal je. So tadi abang dengar la GM die duk bahasakan Manager tuh. Abang mane la reti keje-keje facilities ni.
NH: Tapi kalau die bagi amik je la. Nanti bleh belajar
SA: Memang tak dapat pun. Tapi die hold dulu resume abang. Awal-awal lagi die dah sound gaji abang kat Singapore tuh beza sangat. Dia kalau bagi pun mungkin tak sampai macam tu.
NH: Kite tunggu je la ye.
SA: Abang rasa abang dah buat keputusan nak keje kat Singapore sampai lepas adik kahwin nak tolong mak sikit untuk kenduri.
NH: (senyum)

Itu keputusan dia dan saya memang hormati keputusan dia.
Bila berkahwin bukan saya sahaja yang dia perlu jaga kan.
Saya sentiasa ingat yang dia juga masih ada kelurga yang perlu dia jaga dan bantu.
Selagi niatnya tidak melanggar hukum Allah saya akan tetap sokong.
Itulah isteri kan.

Abang, saya sayang abang kerana ALLAH.

Kami bahagia bersama 11 bulan ini

JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA

See you soon blogger,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...