Hadith :
|
Rasulullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud: “Akan lahir selepas aku beberapa pemimpin yang mementingkan diri
sendiri dan yang melakukan perkara-perkara yang tidak disukai oleh kamu. Para
Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah apakah yang engkau hendak perintah
dikalangan kami ini sekiranya terdapat perkara seperti itu? “Baginda s.a.w.
menjawab, “ hendaklah kamu menunaikan tanggungjawab kamu dan memohon kepada
Allah segala hak-hak yang kamu perlukan.”
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Huraian:
Setiap
tanggungjawab yang telah ditugaskan kepada seseorang hendaklah dilaksanakan
sebaik-baiknya.
Apabila terdapat dikalangan pemimpin yang menyeleweng
daripada garis kebenaran, sebagai rakyat mreka hendaklah berusaha menegur supaya
pemimpin tersebut kembali ke pangkal jalan disamping memohon doa kepada Allah
S.W.T.
Adalah tidak wajar bagi rakyat atau orang bawahan terus menunjukkan
sikap penentangan tanpa mengemukakan sebarang pandangan, teguran dan fikiran
yang berfaedah terlebih dahulu.
Semua pihak hendaklah sentiasa berusaha
supaya jurang pemisah antara pemerintah dan rakyat sentiasa harmoni, tidak
berlaku sebarang keretakan dan kekurangan.
|
Pemimpin tangan saya |
|
JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA
See you soon blogger,
No comments:
Post a Comment