Iklan sat

Wednesday, May 30, 2012

#12 Wordless Wednesday


Ini semua Ahmad Albab yang punya ha ha ha



JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA

See you soon blogger,

Friday, May 25, 2012

Hadith #10 Pemimpin Jangan Mementingkan Diri Sendiri


Hadith :


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Akan lahir selepas aku beberapa pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan yang melakukan perkara-perkara yang tidak disukai oleh kamu. Para Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah apakah yang engkau hendak perintah dikalangan kami ini sekiranya terdapat perkara seperti itu? “Baginda s.a.w. menjawab, “ hendaklah kamu menunaikan tanggungjawab kamu dan memohon kepada Allah segala hak-hak yang kamu perlukan.”


Riwayat Al-Bukhari dan Muslim


Friday, May 18, 2012

Hadith #9 Memutuskan Silaturahim; Satu Dosa Besar

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim”
Riwayat al-bukhari


Tuesday, May 15, 2012

Decision

Sapa yang selalu baca blog ni (ada ka orang baca)
mesti tahu yang SA kerja di Seberang Tambak Johor, Singapura.
Jauh tu tak jauh sangat 3 jam jugak  dari Melaka (tu pun kalau tak jem.)
Hujung minggu jadi masa untuk kami bersama-sama
memasak
picit-picit jerawat
gengam-gengam tangan
dan lain-lain la.. :P
Tapi Alhamdulillah,
kami bahagia.
InsyaAllah doakan kebahagiaan kami berpanjangan.

Friday, May 11, 2012

Kau yang comel di hatiku #3

Perbulana di dalam kereta:

NH: Abang, sayang beli pewangi kereta baru cube teka bau apa
(dah bukak pembalut siap-siap letak dan biarkan berbau dalam kereta)

Kau yang comel di hati ku #2

SA: Assalamualaikum sayang wat ape. Abg nak tido dah ni
NH: Waalaikumsalam. Tengok tv. Nak tido baru nak call sayang.
SA: Nak tido la baru call nanti leh mimpi abg cam hari tuh lagik.
NH: Tu mimpi sedih. Tak mau tak mau
SA: Asalkan syg mimpi abg pun dah cukup.

Hadith #8 Kewajipan Suami Memberi Nafkah

Hadith :

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:” Sesiapa yang memberi nafkah kepada isterinya, anaknya dan ahli keluarganya, maka ia(iaitu nafkah) yang diberikan adalah sedekah.”

Riwayat Ibn Majah


Thursday, May 10, 2012

Kau yang comel di hatiku #1


SA: Abang kat JB ni
NH: Buat ape
SA: Saje nak call sayang takyah pakai no Singapore.
NH: Thank you sayang. (Lena tidur malam ni.)

Tuesday, May 8, 2012

Mimpi sambil menangis. Korang Pernah?

Semalam mimpi SA tinggalkan saya.
Masa tu saya baru mengandung.
Sedihkan.
Saya cool mula-mula.
Tapi lepas tu nampak muka mama.
Terus saya meraung-raung.
Macam real.
Saya terjaga tengah teresak-esak nangis.
Terus gi basuh muka.

Sebelum tu, SA tepon.
Dapat cakap kejap je.
SA jarang call malam2
Selalu call siang lepas kat tempat die keje dapat line Mesia.
Lepas tu, vacum satu rumah.
Dah selerak sangat last week 1 week tak lekat kat rumah.
Penat sangat lepas tuh tengok cerita Hang tuah.
Terus rindu SA.

Bangun pagi terus message die.
Then die balas,
"Tidur lewat tu yang mimpi bukan-bukan"

Camtuh je die balas..

Suka wat aksi comel gini
Sini kau siniii siniiii

 

JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA

See you soon blogger,

Si Nakhoda & Permaisuri nya.

Gempakkan tajuk..
Hamikkau

Tak tahu kenapa sekang ni SA minat sangat memnacing.
Equipment mancing die kalah orang nak gi bertanding GP Joran. huhuhuhu
Takpe selagi tak pancing perempuan lain sudahla kan.
Kalau mahu jumpa saya dulu. Berani ke?..

Kami keluar rumah selepas solat Asar.
Cari tempat yang sesuai di Pulau Melaka tu.
Tapi tempat tu banyak lak batu2 bila nak masuk Maghrib je gelap sangat jadi kami berehat solat Maghrib dan sementara nak tunggu Isyak kami makan bekal yang bawak dari rumah sambil SA belek2 pancing die.
Selepas Isyak kami beralih ke Jambatan Pulau Melaka.
Terang dan ramai sikit orang.


 Ni gambar di sekitar2 pemancing beliau di Pulau Melaka.




Hasilnye

Suami-isteri ini mesti lengkap-melengkapi.
Bila SA mula minat mancing ni macam2 pasal memancing dan ikan ni saya tahu.
Tambah sikit pengetahuan.
Hobi suami mesti kene support kan.
Walaupun kadang2 geram bila balik je die dah tanye "malam ni nak mancing kat mana ek."
Tapi aktiviti ini macam ni buat kita makin rapat.
Time yang sunyi tenang apa-apa pun boleh di bawa berbincang.
Time tuh jugak saya dapat set periuk Tefal order dari kawan saya di UK RM500
yeayyyy...

Ini pulak set Periuk T-Fal saya (Di USA known as T-fal)


Jadi saya saya suka memasak hasil pancingan Nakhoda saya..
Hehehehehe


JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA

See you soon blogger,

Friday, May 4, 2012

Semua bermula dari KITA


Nota daripada seorang sahabat di Universiti Medina
Bismillah....
Sebelum bersungguh-sungguh ingin menghapuskan korupsi pada pemerintah, rakyat harus menghapuskan korupsi pada diri mereka sendiri. Berapa ramaikah rakyat yang mengabaikan solat namun mengharapkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz? Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam urusan perniagaan namun mengharapkan pemimpin ...yang jujur dalam harta negara ?

Berapa ramaikah rakyat yang sangat kedekut dalam bersedekah namun mengharapkan mereka mendapat  harta negara dengan saksama ? Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang -undang keselamatan jalanraya namun mengharapkan mahkamah yang telus? Berapa ramaikah rakyat yang tidak peduli terhadap mesej kenabian lalu mengharapkan pemimpin yang memimpin dengan jalan kenabian ?

Sebelum rakyat bising mereka ditipu oleh Kerajaan, semak dulu adakah rakyat sudah berlaku jujur dalam urusan mereka dengan kerajaan. Masih ada lagikah rakyat yang tipu ketika 'punch card' di tempat kerja. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'office hour' dengan meng'ular'. Masih ada lagikah rakyat yang ambil M.C tanpa ada apa-apa keuzuran. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'claimn' untuk out station. Masih ada lagikah rakyat yang gunakan harta pejabat untuk kegunaan
peribadi. Jika rakyat masih tipu kerajaan, maka tidak pelik kerajaan juga akan tipu rakyat.

Telah menjadi Sunnatullah bahawa kaum-kaum yang zalim itu diperintah oleh orang yang zalim.

Firman Allah: “Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka berbuat kezaliman.” (Surah Al Kahfi, 18: 59)

Al-Walid ath-Tharthusi rahimahullah berkata, “Sehingga sekarang masih terdengar orang-orang berkata, “amalan - amalan kalian adalah pekerja-pekerja kalian”, sebagaimana kalian sekarang ini;maka seperti itulah kalian akan dipimpin."

Di dalam al-Qur’an terdapat ayat yang semakna dengan perkara ini.

“Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasa sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.” (Surah Al-An’am, 6: 129)

Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan (berkenaan ayat tersebut)

“Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan diuji dengan orang yang zalim. Dijadikan dari kalangan orang-orang yang zalim, mereka dikuasai oleh orang- orang-orang yang zalim lainnya Sebahagian mereka dihancurkan dengan sebahagian lainnya, dan sebahagian mereka disiksa dengan sebahagian lainnya, sebagai balasan atas kezaliman mereka.” (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil 3, m/s. 430)

“Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan dari diri kami sebagaimana yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian tidak pun mengerjakan sebagaimana apa yang mereka amalkan?!” (Siraj al-Muluk, m/s. 100-101).

Pemimpin itu asalnya adalah seorang Rakyat. Zalimnya seorang Pemimpin disebabkan zalimnya seorang Rakyat, begitu juta sebaliknya

******************************************************************************
Fikir fikirkan lah....setakat mana amalan kita sebelum kita mengharapkan amalan baik dari Pemerintah ?

1. Sudahkah kita membayar zakat dengan telus

2. Sudahkah kita mendidik anak dengan didikan islam

3. Sudahkah kita menjalankan amalan Rukun Islam dengan sempurna

4. Sudah kah kita membantu kaum keluarga seperti di syariatkan

5. Sudahkah kita menjadi anak atau abang lelaki yang bertanggung jawab

6. Sudahkah kita solat 5 waktu sebelum bercakap hal agama

7. Adakah kita bertanggung jawab terhadap Mak Bapak dan kaum keluarga

8. Adakah kita menjadi jiran mengikut ajaran islam

Dan banyak lagi....Tanya lah diri kita setakat mana amalan kita? sebelum bercakap mengenai islam

dalam negara ?
 
Semoga kamu jadi anak yang soleh Zareef Al-Imran

JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA


See you soon blogger,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...