09.11.2010
Kali pertama Kak Ina tinggal kan aku dengan anak-anaknya Along n Ica atas urusan kerja luar pejabat.
Semasa jemput mereka pulang dari sekolah..
Aku: Mama dah masakkan untuk korang jadi auntie g ofis terus lepas ni. Auntie ade class. Petang kang Auntie balik kul 6.30 kite terus pergi Kumon eh..
Along: Ok
Ica: Pastu Auntie, kite nak ke mane? (Aku agak dah budak sorang ni memang kuat berjalan)
Aku: Balik umah la. Ica, balik ni wat homework Kumon okey. Auntie balik terus pergi .
Dalam hati tergerak nak bawak diorang tengok wayang malam ni and makan kat luar terus.
Pukul 6.30pm
Aku: Along, Ica jom pergi Kumon
Along n Ica: Auntie, kite pergi tengok wayang nak malam ni.
Dalam hati: Budak2 ni macam tahu2 je aku nak bawak tengok wayang.
Lepas Kumon kami pun ke Dataran Pahlawan untuk tengok wayang. Selepas menapis2 cerita jadi aku pun pilih la cite ESTET sebab cite yang ade tuh x sesuai untuk diorang. Sebelum masuk ke cinema hall aku jeling ke sekumpulan remaja di sebelah aku.. Sekali pandang macam kenal dua kali pandang rupenye students aku da..
Students: Anak ms ke?
Aku: Agak2?
Students: ????
Aku: Anak sedare saye la.. Sambil SENYUM...
jadi kami ke hall untuk menonton.. Selepas menonton kami ke kedai makan.
Pelayan: Nak makan apa
Aku, along n ica: bla bla bla
Pelayan: Anak akak ke?
Aku: SENYUM.....
Along & Ica: Semua orang ingat kitorang ni anak auntie kan.. Auntie dah kena dapat anak ni
Aku: SENYUMMMM LAGII...
Hmmm... Budak2 ni kalau dah bercakap makan dalam gak weyh.. xpe tahun depan maybe adelah rezeki kot... kui kui kui
Kak Ina - Kakak sedare aku yang dok skali dengan aku kat Melaka ni
Along - Fatiha (9 tahun)
Ica - Farisha (7 tahun)
Kumon - tempat tuisyen diorang
Nawwar n Ica |
Along |
No comments:
Post a Comment