Wednesday, August 15, 2012

Tak sabar nak raya

Hari ni saya Emergency Leave
Class takde jadi sebabkan batuk ni baru nak baik
saya nak rehat betul2 supaya betul2 baik
Nak raya dah kan
Takkan nak gi raye umah orang dok koh koh koh koh
Takleh la nak sembang ngan orang


Tahun ni raya turn kat Tangkak 
as last year dah raya kat Selama, Perak
Walaupun Mak Tangkak kate nak raya first Selama tiap2 tahun pun takpe
sebab kami selalu balik Tangkak
kalau nak balik Selama kene tunggu cuti panjang baru boleh balik
Tapi SA kate turn tetap turn
Geram tau
Tapi saya faham
SA pun nak cium tangan mak & ayah pagi raya pertama
Nak juga beramai petang sebelum puasa
Mesti ramai datang rumah mak pagi raya tu sebab jiran-jiran mak sangat rapat
saudara2 pun dekat2 je

Raya ke-3 pagi kami akan balik ke Selama, Perak
Malam raya ke-3 keluarga sebelah mama ada gathering ramai2
InsyaAllah semua ada kot time tu
Macam tahun2 sudah 98% ahli keluarga ada
tak sabar rasanya
nak kumpul ramai2
sembang ngan sepupu2
melayan karenah anak2 saudara
Raya ke-5 pulak ada majlis pertunangan anak Pak Tam, Wani
Lagi tak sabar
Nak posing2 maut

Bila saya dah biasa beramai2 dengan keluarga 
Bila balik rumah 
tambah pulak SA di Singapura
terasa sangat sunyinya

Nasib baik ada TV
peneman di kala sunyi 
Jadi jangan marah saya kalau saya asyik tengok TV
Itu aje kerja yang saya buat kalau tak tido
Mission terbaru nak daftar diri belajar jahit manik
Boleh mengisi masa terluang
nak jahit rasa saya tak boleh bayangkan
jahit manik ok la kot
Boleh jahit kat baju raya

Ish tak sabar nak raya

Tak sabar nak bercamwhore dengan mereke-mereka ini



JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA
 
 See you soon blogger,
 

2 comments:

Cik Cip Puding said...

Selamat berehat. kat rumah nih pun syam dgn ues batuk batuk jugak..

Nadia Harnisa said...

Pn Cip: bagi makan madu ngan limau kasturi/nipis. Amik madi satu camca besaq letak dalam cawan pastuh perah limau tuh sebiji pastuh kasau. pastuh minum teruih. InsyaAllah hilangkan kahak. Take care mummy jage hero2 kesayanganmu baik2 ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...