Iklan sat

Thursday, August 16, 2012

Bagi banyak ke sikit?

Bulan Ramadhan ni memang ramai yang bagi sedekah
Alhamdulillah
Bersedekah padapendapat saya bukan hanya pada musim perayaan atau mule bersekolah
bila-bila pun boleh bersedekah
Cuma pada waktu2 begini memang mereka amat memerlukan
Untuk sama-sama menikmati kegembiraan
Menyambut perayaan
Alhamdulillah
Semoga mereka sama-sama bergembira sebagaimana kita


Tapi 
pada yang tak beri
atau beri sedikit
kedekut ke?

TIDAK!!

Sangat tidak adil untuk kita fikir macam tu
Kita tak tahu apa yang di lalui nya
kadang2 manusia ni tak suka tunjuk kelemahan 
kita nampak dia senang
gembira dengan hidup dia
tapi bila dia tak beri
takkan kita nak kate die kedekut
kita tak tahu apa masalah dia
mungkin dia memang tak ada duit ke
mungkin dia ada banyak lagi tanggungan yang kita tak tahu yang perlu dia utamakan
sebelum dia membantu orang lain

Saya sering berpesan kepada diri sendiri
Jangan menghakimi orang lain dengan apa yang kita nampak, rasa dan fikir
Kerana dengan apa yang kita nampak
dengan apa yang kita rasa
dengan apa yang kita fikir 
tak sedikit pun buat kita berada di tempat seseorang itu
tidak sedikit pun buat kita berada di dalam hati dan fikiran orang itu

Jadi jangan cepat menghakimi orang
Apa yang patut kita buat
Terima seadanya seseorang itu 
Faham akan keadaan nya
Lebih-lebih lagi kalau orang itu ahli keluarga kita
Faham kan maksud saya
Kalau ada rezeki kita, dia akan ber pada kita lebih
Tapi kalau apa yang kita dapat tu sikit terimalah seadanya.
InsyaAllah
Kita doakan agar semua umat Islam dikurniakan lebih rezeki 
Amin..

RIndu kat budak kecik nih.
Buat pertama kalinya akan miss "bersalam-salaman raya" & "duit raya" session.
Maybe ada session baru di Tangkak nanti.. ;-)


JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA
 
See you soon blogger,
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...