Iklan sat

Tuesday, June 12, 2012

Kami yang baru SETAHUN jagung..

10.06.2012
Kami dah SETAHUN bersama.
SA nak sambut berlainan sedikit.
Dia nak mancing sebenarnya  sambut ala-ala romantika di amor gitu
So kami sambut ULANGTAHUN YANG PERTAMA kami dengan berkhemah di tepi pantai.
Romantik tak.
Wait till you see the picture..
Auuwwwww.. Hahahahaha..


Pada 8 hari bulan Jun (Jumaat) saya ke Singapura.
Jemput SA di tempat kerjanya di Tuas dan terus hantar barang ke rumah di Boon Lay Drive.
Mandi, rehatkan badan, baring2 kejap dan solat.
Then, siap2 nak gi makan kat Beach Road.
Kami naik MRT je sebab SA memang travel by MRT je kat sini.
Kalau bawak kereta confirm sesat.

Aku, Dia & MRT
Nah tengok Line depa ni naik juling mata

Dari Boon Lay Drive kami naik MRT (East West Line) dari Lakeside station ke Lavender station.
Dari situ kami jalan kaki dalam 10 minit sampai la Beach Road
sebab nak rasa yang kat bawah ni....



SUP TULANG MERAH

Memang sedap.
Harganya SGD6 (4 Ketul) SGD10(7 Ketul) SGD15 (10 Ketul)

Kami makan ni dekat Beach Road Hawker Centre. Nama kedai die Deen Tiga Rasa.
Time makan ni memang tak pandang dah kiri dan kanan.
Memang terus pegang je. 
Dagingnya lembut betul.
Then, ambil straw trus sedut sum-sum die. Memang terbaikkk..
Barbaloi menapak jauh dari MRT nak gi sini.

Habis je makan dengan kekenyangan tu terus nak gi Mustafa.
Kalau nak naik tren gi balik Lavender station dari then stop dekat Outram
Then tukar tren ke Northern East Line stop pulak dekat  Farrer Park. Then kene jalan sket ke depan sampai la Mustafa.
Tapi kami sayang dengan kolestrol kami naik cab aje dari Beach Road ke Mustafa.
SA nak beli chargeable lamp untuk bawak ke perkhemahan kami nanti.
Then beli terus je balik.
Balik ni naik tren sebab kot-kot terjumpa ice-cream wall-potong-besar-puas-hati SGD1 yang jual kat tepi2 jalan macam ni.
Ni December 2011 punye cerita.. :P

Tapi.........
Tak jumpa. Semua dah tutup.
Then balik rumah menapak lagi terus tido.

Esoknya bangun pagi terus gerak nak ke Desaru.
Breakfast dulu dekat Boon Lay Nasi Lemak Power.
Ramai betul orang beratur.
Nasi lemak die not bad la.
Sikit lebih kurang rasa macam Mali's nye




  Lepas makan je terus ke Malaysia nak tengok2 tempat for camping.
Dengan jem dekat Tuas lagi dalam pukul 3 sampai la Malaysia.

Macam Jambatan Pulau Pinang kan. Tapi ni dekat nak masuk area Kota Tinggi kot

Hasrat di hati nak ke Desaru ternampak signboard ni rase macam nak tengok Tanjung Balau macam mane. Then, terus ke Tanjung Balau.

Pantai Tg Balau
Bile tengok je laut macam ni.
Ada tandas awam. Bersih lagi. Terus decide nak camping kat sini.
Then, terus gi kedai beli barang2 nak BBQ and bekas2 nak masak.

Jadinye, semua ni SA beli


Takpe la sayang, asal awak bahagia.
Lepas tu, acara pemasangan khemah pun berjalan.




Besar kan khemah.
Khemah ini untuk 8 orang.
Saje beli besar2 senang bleh ramai orang masuk
The more the merrier.
Lepas pasang khemah dah nak masuk maghrib
Jadi mandi, solat susun barang dalam khemah terus masak untuk makan malam.


Ada jugak tetamu yang datang lawat kami

Fara, Hassan, Choppy & Arman (tiada dalam gambar)

SA biase la gi mancing. Tapi dia gi kejap je sebab air sangat surut.
Jadi kami cuma berbual-bual.
Menikmati udara segar di tepi pantai pada waktu malam
SubhanaAllah.
Terasa ketenangan.
Bila tidur dalam khemah tuh terasa pasirnya sejuk je.
Memang nyenyak betul tidur malam tuh. :D

Pagi-pagi terjaga rasa segar je.
Kalau kat umah memang liat nak bangun.
Lepas je solat subuh terus tengok laut sambil SA siapkan sarapkan. :P
Terus beritahu SA, "Sayang nak mandi laut pagi-pagi nih"
Then, dia jawab "Ok. Tapi makan dulu."
Bukan kami je yang camping kat sini. ramai jugak kalau nak dikira lebih dari 15 khemah yang bermalam dekat pantai tu.
Tak ada la rasa takut sangat kan


Antara jiran-jiran kami.



Then, kami cepat-cepat makan, kemas-kemas barang berharga sebab khemah tak ada kunci lagi.
Barang-barang tuh kami letak dalam kereta.
Rasa lebih selamat sebab berkunci.

Habis mandi kemas balik khemah semua kami pun berangkat ke JB.
Jumpa tetamu2 yang datang melawat kami malam tadi.

Then, makan lagi.
Kali ni makan Nasi Goreng Seafood dalam daun pisang dekat Stulang Laut


Recommended.
Habis makan nasi goreng ni mesti ade pencuci mulut la kan.
Apa lagi.
Cari durian la.


Macam ni la cara kami sambut ulangtahun perkahwinan kami yang pertama.

"Wahai Tuhan Kami, anugerahkanlah kepada kami agar Isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa"
(Al-Furqan : 74)


JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA

See you soon blogger,

4 comments:

Nadot said...

sonoknye sambut anniversary camnih. Semoga terus hepi together hingge ke syurga! =)

NH said...

Thank you Nadot. InsyaAllah. Doakan kami ye..
Miss ya! :D

Soul D'sign said...

Best la dapat camping..dah lama x p camping..
Rinduuuuu...
Nie dah ada anak kecik ni, susah la sket nk camping.... :-(

NH said...

Syam, ade sebelah khemah kitorang nih satu family camping. Mak + AYah + ANak2 & Menantu + Cucu. Cucu die paling kecik aku rasa tak sampai setahun lagikot.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...