Iklan sat

Friday, July 8, 2011

Sebulan Selepas featuring OUR NIKAH VIDEO.. (^_^)

Diam tak diam dah nak hampir sebulan aku mendirikan rumahtangga walaupun rumah & tangga nya nggak ada lagi. Pelan-pelan la kan.

Dan sebulan bergelar isteri, baru aku tahu banyak benda yang aku tak buat lagi sebagai seorang isteri.
Lebih2 lagi bila En Suami berkerja nun jauh di seberang Tambak Johor.
Dengan keadaan tugas dan kewangan yang agak terbatas tak dapat sangat la En Suami nak balik tiap-tiap minggu.
Tapi tak balik tak semestinya tak berhubung kan.
Dengan adanya e-mail, sms, call pun sudah cukup untuk menghantar khabar berita.
Nak-nak pulak bila dah jadi isteri ni apa2 nak buat kena mintak izin kan.
Seriously, I am still in the midst to get used with my situation right now.
Dulu boleh la main redah je nak pergi mana2.
But now, banyak benda yang nak kena pikir. 
InsyaAllah, saya boleh.
Anyway, found this very article that I can learn from it and so do you.

So Let's check it out!

Anda nak kahwin, dah bersedia nak menjadi raja sehari. Nak buat apa-apa pun mesti kena bersedia terutama perkara yang penting seperti perkahwinan ni. Bagi anda yang bercita-cita untuk membina rumahtangga bahagia dan mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah s.w.t, di bawah ada beberapa tips sebagai panduan semua, jom kita tengok:
  1. Anda perlu meletakkan tujuan perkahwinan untuk mencari keredhaan Allah. Naluri untuk berteman dan keinginan kepada anak-anak adalah kehendak semulajadi yang telah diletakkan oleh Allah dalam diri setiap manusia yang normal.
    Surah Al-Furqan ayat 74 :-
    "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan
    kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang yang
    bertaqwa."
  2.  Anda perlu menyedari bahawa perkahwinan anda dengan orang yang dikasihi itu adalah suatu ketetapan dari Allah. Tanpa restu dan izin yang Maha Berkuasa perkahwinan anda tidak mungkin akan terjadi walau bagaimana besar usaha dan penat lelah yang telah anda lakukan kearahnya. Anda juga perlu menerima hakikat bahawa usia perkahwinan anda terletak di tanganNya, dan Allah berhak mengambilnya pada bila-bila masa yang dikehendakiNya. Sebagai seorang yang beriman dengan qoda' dan qadar Allah anda hendaklah sentiasa berdoa agar jodoh anda dengan pasangan berpanjangan sehingga ke akhir hayat.
    Allah berfirman dalam surah Al-An'am ayat 17 :-
    "Jika Allah menimpakan satu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka dia maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
  3.  Perkahwinan membuahkan hak-hak dan tanggungjawab tertentu yang perlu ditunaikan baik oleh suami atau pun isteri. Diantara tanggungjawab suami ialah melunaskan mas kahwin, memberi nafkah zahir dan bathin, mendidik isteri dan anak- anak serta berlaku baik terhadap mereka. Manakala tanggungjawab isteri pula ialah mentaati suami dalam perkara yang tidak berlawanan dengan syara', memelihara diri dari perkara yang mungkar, menjaga harta suami dan menguruskan rumahtangga. Segala hak dan tanggungjawab ini telah termaktub didalam Al-Qur'an dan sangat bersesuaian dengan tabiat dan fitrah semulajadi manusia. Anda seharusnya melaksanakan segala tanggungjawab ini bukan sekadar untuk menyukakan hati pasangan anda sahaja, sebaliknya kerana mencari keredhaan Allah s. w. t.
  4. Sebagai seorang mukmin , sama ada lelaki dan perempuan mestilah meletakkan Allah dan Rasul lebih tinggi daripada segalanya.
    Firman Allah yang bermaksud :-
    "Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak,saudara-saudara, isteri-isteri,kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik." [Surah AtTaubah, 24]
    Oleh itu anda mestilah memahami kedudukan anda di sisi pasangan. Anda bukanlah pihak yang pertama di hatinya. Bagi suami,selepas ketaatan kepada Allah dan RasulNya, ibubapa jatuh tempat kedua kemudian barulah isteri dan keluarga. Sementara bagi isteri, suami adalah tempat kedua selepas Allah dan RasulNya. Kemudian itu barulah ibubapa. Setelah memahami kedudukan yang ditetapkan oleh Allah, anda seharusnya tolong menolong di antara suami isteri dalam meletakkan hak dan kedudukan ini supaya kena pada tempatnya.
  5. Anda haruslah ingat bahawa pasangan anda adalah manusia biasa yang tidak terkecuali daripada kelemahan dan kesilapan. Anda uga demikian. Oleh itu sekiranya pasangan anda melakukan kesilapan, janganlah terlalu diperhitungkan. Sentiasalah mengamalkan sikap bertolak ansur dan saling maaf memaafi antara suami dan isteri.
  6.  Dalam surah Al-Baqarah ayat 187, Allah menggambarkan hubungan suami isteri sebagai pakaian bagi satu sama lain. Bayangkan bagaimana pentingnya pakaian bagi manusia untuk menghindarkan diri daripada hujan dan panas, begitulah pentingnya anda kepada pasangan anda. Sebagai pakaian anda diperlukan setiap masa oleh pasangan anda untuk menutupi keaibannya dan melindunginya daripada perkara-perkara yang tidak menyenangkan. Oleh itu anda perlulah menjadikan diri anda sebagai pakaian yang terbaik untuknya dan menjauhkan diri daripada menjadi pakaian yang buruk, lusuh dan tidak berguna.
  7. Sebagai seorang Islam, telah wujud ikatan persaudaraan Islamiah antara anda dan pasangan sebelum perkahwinan. Ijabkabul bukan sahaja menjadikan anda suami atau isteri malah mengerat dan mengemaskan lagi ikatan persaudaraan ini. Oleh itu kasih sayang tidak hanya berfungsi untuk mengikat suami dan isteri tetapi juga sebagai saudara seiman dan seagama.
  8. Anda perlulah beradab dipertemuan pertama dengan pasangan anda. Suami hendaklah memberi salam kepada isteri apabila memasuki bilik pengantin dan meletakkan tangannya di atas ubun-ubun isteri sambil berdoa dengan maksud:-Selepas itu pasangan hendaklah bersembahyang sunat dan berdoa kepada Allah agar diberiNya kebaikan dan dijauhiNya kejahatan.
"Wahai Tuhanku aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya. Dan aku berlindung dengan Mu dari kejahatannya dan kejahatan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya."

         Dan jika hendak bersama dengan pasangan bacalah doa dengan maksud:-

"Wahai Tuhanku, jauhkan kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada anak-anak yang engkau anugerahkan kepada kami."


Pertelingkahan antara suamiisteri adalah sesuatu yang biasa terjadi sebagaimana lazim disebutkan 'sedangkan lidah lagi tergigit'. Maka apabila berlaku pergeseran janganlah diperbesarkan. Kalau suami marah seeloknya isteri diam dan kalau isteri marah, giliran suami pula diam. Adalah tidak perlu pasangan yang dimarahi cuba membela diri kerana lazimnya ia tidak membuahkan hasil yang baik. Walaubagaimanapun sesiapa yang marah ini perlulah ingat dan bertanya kenapa aku marah. Adakah pasangan aku telah melakukan mungkar yang bertentangan dengan syariat Allah. Jika tidak, nasihat yang baik adalah lebih berkesan. Hidup saling memaafkan dan saling mengerti antara satu sama lain akan menambahserikan rumah tangga. Janganlah takut menghadapi dugaan dan ujian kerana rumahtangga yang diujikan membuatkannya lebih kukuh dan matang jika pasangan bijak mengendalikannya. Sentiasalah berdoa kepada Allah agar mempermudahkan usaha kita dalam melayari kehidupan berumahtangga.

* Dipetik dari http://sarungcincin.blogspot.com


And Last but not least, enjoy OUR SOLEMNIZATION video created by Muhaimi from Moose Mediaworks. Good Job Bro. Love it sooo muchh. And feel free to contact them for your photography and videography deal.. It's worth it.. (Pausekan dulu background lagu kat mixpod bawah nun okeh)


p/s: Rindu kat En Suami la!!!!.. :(


See you soon blogger,

6 comments:

fathiah said...

waaa nad..best best..suka..sebak tengok part lepas nikah tu..teringat dolu2 ;)..enjoy your life as a wife k..dok jauh2 ni kena byk sabar menahan rindu..heheh..takpe..pelan2..

NH said...

InsyaAllah Fathiah.. Thank u thank u ...

Cik Cip Puding said...

Insyallah.. buat masa ni je berjauhan. Ramai dikalangan mereka yang berkahwin duduk berasingan in the beginning. Sometimes kite rasa it gives us the chance to improve ourselves better once kite dah duduk serumah nanti. Kire mcm baby steps la. Plus bila dah duduk serumah nanti, we appreciate every single thing even more.

However, there's always people who will be talking you see.. Those words sekadar dengar je. but don't take it personal. It happens with me..

NH said...

Pn Cip-Cip, terima kasih atas nasihat nya.. Thw inspiring words.. Will Do!.. Heheh Thank you dear

uncle gedek said...

selamat pengantin baru...

Errr.. maseh sesuai ke nak panggil 'pengantin baru'...?

NH said...

sesuai sesuai.. Pengantin baru sebulan.. kui kui kui

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...