Iklan sat

Friday, October 22, 2010

Berdoa.. Berdoa.. dan terus berdoa.... [Update]

Bismillahirahmanirahim. Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Mengasihani.. kasihan .. ya kasihan... Selepas kita dikejutkan dengan tragedi 10.10.10.. Sekali lagi aku dikejutkan dengan satu lagi berita sedih dari kampung halaman.. Seorang Pakcik ku (Sepupu mak aku punya husband) bernama Pakcik Ya telah dimasukkan ke ICU Kulim dan kini di ICU Seberang Jaya akibat kemalangan pada pagi rabu 20.10.2010. Pakcik Ya hendak keluar solat subuh di masjid berhampiran rumah beliau di Sg Seluang, Kulim Kedah dengan menaiki motor dan telah berlanggar dengan motor yang lain dan terlanggar tiang lampu dan tersembam ke tanah. Tulang pipi nya retak dan didapati ada darah beku di dalam otaknya di bahagian tengah. Sehingga entri ini ditulis beliau masih juga tidak sedarkan diri. Pakcik Ya sangat sangat baik, peramah dan sentiasa membantu sanak saudara lebih2 lagi pada hari majlis keramaian. Sebab tu la aku rapat juga dengan Pakcik Ya walaupun beliau adalah suami kepada sepupu mak aku. Anak2 Pakcik Ya pun rapat dengan kami walaupun kami hanya 2 pupu mereka. The family bonding is very very strong. Diharap Pakcik Ya cepat sedarkan diri dan sembuh. Kami sangat-sangat berdoa atas kesejahteraannya. Semoga MakCik Shah, Bang Iwan, Idzham, Baam & Haikal akan tabah dan sabar menghadapi segala kemungkinan.. Kita hanya berikhtiar, berdoa berdoa berdoa dan bertawakal kepada ALLAH SWT dan sesunguhnya DIA Maha Agung, Maha Mendengar Lagi MAha Mengetahui. Setiap kejadian pasti ada hikmah dari-Nya.. "Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila mengkehendaki sesuatu hanyalah berfirman "Jadilah" maka terjadilah ia" (Ayat 82: Surah Yaasin) Kepada pembaca2 berdoalah untuk Pakcik Ya juga ya.. Amin.. Yarabalalamin... NHAR Melaka UPDATE (23.10.2010): Pakcik Ya sudah sedarkan diri petang tadi tadi masih dalam keadaan blur dan tidak pasti akan tahap ingatannya.. Terima kasih atas doa2 kalian untuk Pakcik Ya.. Dan Terima kasih atas doa2 kami yang telah Engkau makbulkan Ya Allah..

2 comments:

hunny d bunny said...

moga pak ya sembuh segera. kak hani pun acik lina bagi tau

NH said...

Tu la.. now die dah sedar but x th ingatan dia mcm mana

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...