Iklan sat

Friday, September 18, 2020

Mengubati rindu

Hi Korang

Tadi baca post bawah ni di FB

Dalam pantry dengan pintu yang terbuka. Tiba-tiba, masuk seorang staf lelaki.

Tak selesa, tapi itulah antara cabaran di tempat kerja. Tak mampu nak kawal keluar masuk manusia.

Baru makan sesuap dua, dia menjawab panggilan telefon yang agak lama.

Antara perbualan dia yang saya dapat tangkap,

“Harini adik pergi sekolah pakai mask?”
“Adik makan apa lagi tadi?”
“Adik rindu abah?”

Habis dia bercakap dengan telefon, terlihat sekilas air mukanya yang tersenyum bahagia.

“Anak ke?” soal saya sekadar berbasa-basi.

Dia senyum.

“Haah.”

“Oh, cakap KL eh?”

“Oh, haah... Saya tak ajar anak saya cakap Kelantan.”

“Oh, bagus-bagus.”

Ya, saya biasa dengar tentang didikan cara ini. Tak semua orang Kelantan biasakan anak dengan dialek negeri ini. Masing-masing ada pendapat tersendiri. Namun bagi saya, ini satu cara yang cukup baik sekali.

Diam. Gaya dia cakap tadi, saya dapat detect keluarganya tiada di sini.

“Anak isteri duduk jauh ke?”

“Diorang duk KL. Isteri saya kerja kat sana.”

“Oh la... yeke?”

Dia angguk. Kemudian masing-masing diam sambil menikmati makanan. Saya cuba percepatkan proses menelan. Mujur sesekali ada misi yang keluar masuk, menghilangkan rasa awkward berdua.

Tanpa dipinta, tiba-tiba dia buka cerita.

“Dah hampir 5 tahun kami PJJ (Perhubungan Jarak Jauh). Susah nak cakap perasaan dia macam mana. Rindu kat anak tu kadang lebih rindu daripada isteri.”

Saya lihat dia kesat mata. Lepas tu gelak.

“Minta maaf, doktor. Ehehe.”

Saya senyum tawar. Nampaknya dia memendam satu rasa yang tak tertahan.

“Tak apa... menangis tu kan tanda sayang. Mesti rindu kan?”

“Ahaha.” Dia gelak hambar.

“Kadang isteri call, dia tanya, tak rindu ke? Saya jawab je, tak rindu pun. Tapi dalam hati, Allah je yang tahu.”

Ya Allah. Saya pulak jadi sebak masa tu.

“Sampai macam tu? Kenapa tak beritahu je rindu?”

“Saya tak nak dia rasa lemah. Nanti dia sedih.”

Auch! Saya terasa dicubit.

Sakit!

“Ish! Kadang tu, rindu sampai jadi pelik sungguh! Saya pergi kedai, beli gula-gula. Dalam kepala fikir, satu untuk abang, satu untuk adik. Padahal diorang tak ada pun! Last-last tinggal je dalam kereta.”

Saya angguk dan cuba menahan rasa. Tahulah saya, rupanya rindu telah berjaya buat dia ‘separuh gila.’

“Ish. Macam manalah saya boleh cerita kat doktor semua ni. Saya jarang cerita kat orang benda sedih-sedih ni.”

Saya yang siap basuh tangan lepas tu, tersenyum syukur sebenarnya. Banyak saya dapat belajar daripada kisah dia.

“Tak apa. Faham sangat sakit rindu tu. Rasulullah dulu pun pernah diuji rindu lepas kematian Siti Khadijah dan bapa sedara. Saya doakan, moga-moga tak lama lagi dapat bersatu sekeluarga.”

“Amin...”

Tak sangka, dalam melihat seorang maskulinnya dia, rupanya terselit cerita yang disimpan sedalamnya.

Dalam melihat dia yang ceria, menyimpan derita rindu akan keluarga.

Semoga Allah ganjari dia sekeluarga, Syurga!
Kerana seindah-indah penyatuan adalah di sana.

Bila datang rindu pada manusia.
Yakinlah dengan janji Dia.

Tahanlah pahitnya mujahadah.
Kerana di hujungnya nanti pasti ada kemanisan terindah.

“Allah takkan sia-siakan kita.” - Siti Hajar AS
.
.
Nur Hanisah

.
See First FB Nur Hanisah


Terus terbayang kisah sendiri. 

Dah 6 bulan tak jumpa suami disebabkan Pandemic COvid-19 ni. Suami terpaksa tinggal di negara beliau bekerja sehingga boleh balik ke Malaysia. Hari2 video call untuk mengubati rindu kami.

Doakan kami ye.

JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA

1 comment:

Tempo Traveller Hire in Delhi said...

Nice Blog, your blog is sharing unique information....The way of your writing is Unique. Keep up it.

20 Seater Tempo Traveller

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...