Sumber: http://cepatmembaca.blogspot.com/2014/10/why-we-should-understand-different.html
Kita Ibu bapa dan guru-guru literasi mestilah memahami tahap bacaan anak/pelajar kita supaya kita dapat memberi sokongan dan bantuan yang tepat. Sokongan dan bantuan yang tepat akan membantu kanak-kanak mencapai tahap bacaan yang optimal.
1. TAHAP PRA BACAAN / PRE READING STAGE ( 0 - 3 tahun )
Bertutur, bermain, menyanyi, berpantun, melukis, menconteng/menulis, mengenal bunyi huruf (fonem) dan bacaan lantang (read aloud) oleh ibu bapa dan pengasuh.
2. TAHAP AWAL BACAAN / EMERGENT READING STAGE ( 3 tahun ke atas )
Menghubung kait bunyi huruf / fonem dengan simbol, menggabung bunyi suku kata ( untuk bahasa Melayu ), mendekod ( decode ) perkataan, membaca teks pendek; belum dapat memahami sepenuhnya apa yang dibaca.
3. TAHAP BACAAN LANCAR / EARLY READING STAGE ( 3 tahun ke atas )
Membaca dengan menggabung bunyi-bunyi huruf atau fonem-fonem dengan baik.
Memahami sedikit / sederhana apa yang dibaca.
Membaca dengan lancar dengan sebutan dan intonasi yang baik; membaca tanpa menggunakan jari sebagai penunjuk, membaca secara diam ( silent reading ); memahami banyak apa yang dibaca.
Dapat sahaja hadiah buku cerita, kanak-kanak yang mahir membaca terus membaca dengan diam tanpa bimbingan.
Apabila kita, ibu bapa dan guru literasi memahami tahap bacaan kanak-kanak, maka kita tidak akan meletakkan ekspetasi yang luar biasa ketika mengajar mereka membaca. Kanak-kanak akan belajar membaca dengan tenang dalam suasana bebas stres.
They will find learning to read enjoyable!
And WE too will find teaching reading easy and fun!
JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA