Iklan sat

Tuesday, October 18, 2011

Jauh di mata dekat di hati.

Hari tibe-tibe mood datang nak post.
Bukan ada cerita best tapi rasa nak menulis je.
Oktober ni memang takde post langsung.
Actually takde mood + busy sikit.
Lepas students exam hari tu memang busy marking paper.
Selalu dapat 10 hari untuk marking but this trimester dapat 7 hari je.
Kelam kabut jadinya. Boleh je sebenarnya tapi dah terbiasa dengan 10 hari bila kene cut down tu agak kucar-kacir jugak lah. Ends up stay back ramai2 kat ofis (walaupun masing2 dalam bilik) untuk marking je.. Dalam 2 malam jugak kene stayback. First time pulak students this trimester mencecah 200 selalu seratus lebih je. And Alhamdulillah dapat jugak siap. Bukan boleh main2 dengan nasib students nih. Nasib baik ler PJJ dengan SA boleh la stay back sampai malam. Hehehe

Lepas marking hari tu ada satu weekend gi la pusing KL dengan SA. Kesian ngan die raya hari tuh tak jejak KL langsung. tak gi raya rumah sape2 pun. SA balik jumaat malam. Then next day pagi2 kene jaga exam di Melaka. Invigilation habis pukul 11.00 pagi then terus ke Tampin, kenduri kahwin kawan SA, Lepas ke Tampin singgah di Kajang SA ni ngidam sate kajang lak. (Em nak kate aku ngandung belum ada rezeki lagi). Lepas order ni ade la hamba Allah ni belanja kami satay ayam (Alhamdulillah rezeki), jadi banyak la pulak. Jadi kami bungkus dan cadang bawa ke rumah Kak Hani.Sebelum ke rumah Kak Hani singgah open house di rumah Nisa dulu. Dapat jugakla SA merasa open house raya di kala raya dah habis.. Hahahaha. Jadi pukul 6 sampai le rumah Kak Hani. memang kenyang betul tapi bila sampai rumah Kak Hani masak pulak gulai kawah ish makan lagi.. Sedapp ooo.. Rugi rase nye tak makan. Tapi lepas tuh memang kenyang tak hingat la. Sembang2 ngan Kak Hani usik2 Danish yang dah semakin besar tuh ( rindu danish la) kami pun beredar dari rumah Kak Hani kami ke rumah anjang pulak. Nak tengok rumah baru anjang renovate. SubhanAllah, cantik sungguh rumah anjang jadinya. Lain rasenye bila masuk. Tu la rumah kami berhimpun dulu kala abah n mama kat Penang. Duduk sembang2 ngan anjang, anis, angah, sera n abang Mus. Time nih Zharif mai bawak satay lagi tapi memang tak larat makan dah. SA dah tertido kat umah anjang tuh. Sembang punya sembang dah pukui 11 lebih malam, SA bangun tido (sejam lebih gak la die terlena) terus gerak ke Wangsa Maju jumpe Fara, Hassan n Mota jap pekena teh tarik then terus ke rumah Najwa di Kota Damansara. Penat kan perjalanan kami dalam satu hari. Esok tu pagi2 lagi dah balik ke Tangkak sebab SA kene balik ke Singapore petang tu.

Sebab tu kadang-kadang kesian nak ajak die berjalan sebab tahu dia akan penat travel. Nak-nak pulak kalau die kene keje hari Sabtu & balik jugak ke Melaka hari sabtu tu then hari ahad nak kene balik Singapore balik. Jadi lebih rela duduk je di Melaka. Bila badan penat mood pun tak berapa baik kan. Benda remeh pun boleh jadi berbalah. Itu kalau badan penat la. Bila dah PJJ ni memang banyak benda yang dulunya kita selalu buat kita dah tak dapat nak buat selalu. Tak boleh nak gi jalan-jalan selalu. Tak boleh gi mana2 main redah je sorang2. Bila dah bersuami takkan nak gi jalan-jalan tanpa suami. Ramai jugak yang tanye "tak boleh ke?". Boleh ke tak rasenye its depend on individual. Tapi bagi saya, bila dah dapat izin pun memang ada lainnye gi travel sorang2 sekarang ni. Kalau gi jumpe orang sekarang ni pun if ade orang tanye "Suami mane?" pun ade rase sayunya jugak. Kalau setakat dalam Melaka ni tak ada rasa sangat. Saya percaya kata-kata dari orang ramai itu adalah doa. Buat apa nak cari topik untuk bahan cerita orang lain yang akan jugak menjejaskan kita selagi kita boleh elakkan. Bagi saya jugak tak ada salah nya kalau duduk saja di rumah bila SA tak balik Melaka. Bosan memang la tersangat tapi kalau kita rasa bosan maka bosan la dia. Cuba kita duduk tengok tv, masak (jangan tak caya?), mengaji, kemas rumah (ye ke?) layan dvd or online ke jadi tak bosan la kan. Bosan itu hanya lah satu alasan yang kita sendiri cari dan cipta. Tambah-tambah pulak untuk yang baru kawin macam saya ni yang tengah menyesuaikan diri dengan kehidupan selepas bergelar suami isteri kadang2 masa untuk bersendirian amat di perlukan. Kalau nak kate bosan suami ada di sebelah pun kita akan bosan jugak. Jadi cuba jangan rasa just go with the flow. It's just my 2 cents.

Bila dah kahwin jugak timbullah satu lagi ayat tanya dari orang ramai "Dah ngandung ke?", yang jawapan saya hanya senyuman dan "Belum ada rezeki". Saya percaya Allah tahu apa yang terbaik untuk kami berdua. Tapi ada jugak soalan2 nakal "You buat family planning ke?" or paling teruk "You tak nak baby ke?". Sesiapa yang waras dan dah kahwin mesti akan ada keinginan mempunyai anak. Siapa tak nak kan. Orang yang taknak tu yang dok dera, buang merata-rata or campak anak diorang. Seriusly memang zalim. Tapi sebagai manusia yang waras saya pun ada keinginan mempunyai anak. Lagi pun kami ni baru je 4 bulan berkahwin memang tak logik sangat la buat yang bertanya kami ni taknak anak ke. Tapi tak salah dia jugak sebab zaman sekarang ni macam2 peel manusia pun ada. But for me, maybe it is not the time yet. Mungkin Allah ada perancangan yang lebih besar untuk kami. Dapat twin ke nanti.. hahahaha ( Berangan kan, darah twin pun takde). Ada jugak seorang doktor pernah menasihati saya secara tiba-tiba "jangan risau kalau you tak mengandung sebab you and suami duduk jauh tapi kalau dapat itu rezeki". Dan memang saya percaya pada ketentuan Allah. Mungkin pada waktu ini belum lagi tiba masa yang sesuai untuk saya mengandung atau kami mempunyai anak tapi KEINGINAN itu memang tetap ada. Frust bila 1st day of my monthly due memang ada, frust bila check pregnancy test tuh satu line aje tapi kita masih ada masa untuk berusaha, berusaha, berusaha, doa, doa, doa dan bertawakal kan. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan kita. Alhamdulillah SA dan saya sangat2 bersyukur dengan sokongan ahli keluarga yang disayangi dan dirindui serta rakan-rakan semua. Semoga sokongan, nasihat dan tunjuk ajar dari semua tak penah lekang dan serik untuk kami. Doa kami sentiasa untuk kalian dan jangan jemu untuk doa kan kami.

Depan umah Nisa time open house hari tu.
Mode: Lama tak amik gambaq berdua ngan SA lagu nih


p/s: Bila dah lama tak post macam ini la gayanya. (*_^)


See you soon blogger,

2 comments:

Cik Cip Puding said...

I've been in your shoes before and I know how it felt.. Tabahkan hati yer.. Hopefully ade ler rezeki duk dekat.. Lama sangat PJJ terbiasa pulak later on.. I know both of you kalau boleh xmo duk berjauhan dan berasingan. But dun worry.. Jgn putus berdoa ye.. Insyallah the day will come..

NH said...

Thank you Pn Cip. InsyaAllah one sweet day kan.. Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...