Saturday, August 7, 2010

My first EPISODE!!!... :)

24.07.2010 merupakan satu detik permulaan dalam hidup ini bila status ini bertukar menjadi tunangan orang. Memang betul kata orang banyak liku-liku percubaan dan rintangan dalam pra-menyatukan dua hati. Alhamdulillah percubaan pertama telah selamat ditempuh pada tarikh ini dan perbincangan bermula pada jam kira2 10.30am dan berakhir pada pukul 11.00am. Banyak yang perlu dibincangkan oleh dua keluarga besar dalam proses untuk menyatukan 2 orang anak muda yang mempunyai keinginan untuk hidup bersama. Alhamdulillah sekali lagi percubaan pertama telah perjaya. Semoga kami terus kekal bersama memenuhi hasrat ini dan selama-lamanya mempunyai keinginan yang sama sehingga ke akhir hayat. Amin Ya Rabbalalamin. Terima Kasih diucapkn buat semua saudara-mara yang memenatkan diri pada majlis ini, yang datang dari jauh2 untuk memeriahkan majlis.. Terima Kasih juga buat Rakan2 yang sanggup naik dari KL untuk ke majlis ini... Love u all so much, Fara, Hassan, Faiena, Nyssa, Zaza, Fariz dan juga Laila dan Najib terima kasih sebab datang awal.. Dan juga untuk Jiran2 yang datang untuk memeriahkan majlis.. Tidak lupa juga jutaan terima kasih untuk pensponsor2 hantaran2 yang banyaknye.. 19 dulang semuanya.. Alhamdulillah murah rezeki si tunagku, Anuar. Terima Kasih Daun Keladi Lain kali kasi lagi.. Hehehehe.. Love u all.. Akhir Sekali terima kasih istimewa untuk keluarga dari Tangkak dan tetamu istimewa dari Norway yang datang menjadi sebab utama untuk majlis ini... Dan tatapi la sebahagian gambar daripada majlis tersebut: Dari kami, Nadia dan Anuar

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...