Iklan sat

Friday, March 23, 2012

Hadith #7 : Berusaha, Berdoa Dan Bertawakkal Kepada Allah

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.”

Riwayat Ibn an-Najjar
Huraian
Pengajaran Hadis: 
  1.  Kekayaan dan mengumpul harta untuk mengukuhkan ekonomi sangat digalakkan di dalam Islam dengan syarat-syarat tertentu seperti mengeluarkan zakat, bersedekah untuk meninggikan syiar Islam atau melakukan apa sahaja kebajikan yang harus di sisi syarak. Ini penting kerana dengan cara ini tabungan (dana), pembahagian dan perluasan sumber sesama Islam boleh dilaksanakan dengan baik dan lancar untuk kepentingan sesama umat Islam bagi mengelak daripada pinjam-meminjam, hutang-menghutang dan sebagainya.
  2. Kemiskinan itu kadangkala boleh membuatkan aqidah seseorang terpesong di mana musuh-musuh Islam akan mengambil kesempatan di atas kekurangan dan kelemahan yang dihadapi itu untuk mempengaruhi ke arah kesesatan. Oleh itu kemantapan iman sangat penting, jangan sampai menyalahkan takdir di saat menghadapi kemiskinan atau kesusahan hidup.
  3. Rezeki dan kemewahan datangnya daripada Allah S.W.T. Setiap manusia dituntut untuk berusaha mengubah nasibnya tetapi diingatkan agar tidak bersikap rakus dan tamak sehingga mencetuskan permusuhan dan perbalahan, dengki-mendengki dan sebagainya. Sebaliknya hendaklah bersikap sederhana dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah sama ada banyak ataupun sedikit.
Sumber http://ii.islam.gov.my

    HoRenSo Training... Nice!!

    JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA


    See you soon blogger,

    Thursday, March 22, 2012

    Bila plan tak jadi...

    Kita hanya mampu merancang
    Allah yang maha menentukan
    Apa yang dah jadi ada hikmahnya..

    SA, rindu sama kamu sangat2..


    JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA


    See you soon blogger,

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...