Iklan sat
Friday, October 22, 2010
Berdoa.. Berdoa.. dan terus berdoa.... [Update]
Bismillahirahmanirahim.
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Mengasihani.. kasihan .. ya kasihan...
Selepas kita dikejutkan dengan tragedi 10.10.10.. Sekali lagi aku dikejutkan dengan satu lagi berita sedih dari kampung halaman..
Seorang Pakcik ku (Sepupu mak aku punya husband) bernama Pakcik Ya telah dimasukkan ke ICU Kulim dan kini di ICU Seberang Jaya akibat kemalangan pada pagi rabu 20.10.2010. Pakcik Ya hendak keluar solat subuh di masjid berhampiran rumah beliau di Sg Seluang, Kulim Kedah dengan menaiki motor dan telah berlanggar dengan motor yang lain dan terlanggar tiang lampu dan tersembam ke tanah. Tulang pipi nya retak dan didapati ada darah beku di dalam otaknya di bahagian tengah. Sehingga entri ini ditulis beliau masih juga tidak sedarkan diri.
Pakcik Ya sangat sangat baik, peramah dan sentiasa membantu sanak saudara lebih2 lagi pada hari majlis keramaian. Sebab tu la aku rapat juga dengan Pakcik Ya walaupun beliau adalah suami kepada sepupu mak aku. Anak2 Pakcik Ya pun rapat dengan kami walaupun kami hanya 2 pupu mereka. The family bonding is very very strong.
Diharap Pakcik Ya cepat sedarkan diri dan sembuh. Kami sangat-sangat berdoa atas kesejahteraannya. Semoga MakCik Shah, Bang Iwan, Idzham, Baam & Haikal akan tabah dan sabar menghadapi segala kemungkinan.. Kita hanya berikhtiar, berdoa berdoa berdoa dan bertawakal kepada ALLAH SWT dan sesunguhnya DIA Maha Agung, Maha Mendengar Lagi MAha Mengetahui. Setiap kejadian pasti ada hikmah dari-Nya..
"Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila mengkehendaki sesuatu hanyalah berfirman "Jadilah" maka terjadilah ia" (Ayat 82: Surah Yaasin)
Kepada pembaca2 berdoalah untuk Pakcik Ya juga ya..
Amin.. Yarabalalamin...
NHAR
Melaka
UPDATE (23.10.2010): Pakcik Ya sudah sedarkan diri petang tadi tadi masih dalam keadaan blur dan tidak pasti akan tahap ingatannya.. Terima kasih atas doa2 kalian untuk Pakcik Ya.. Dan Terima kasih atas doa2 kami yang telah Engkau makbulkan Ya Allah..
Monday, October 11, 2010
Tragedi Oktober... Dikala ada yang berGEMBIRA ada juga yang berDUKA..
Last weekend hari yang sibuk... Hari sabtu pi kat Nawwar amik dia bwk pi knduri dekwa n Lydia.. pastuh hantaq fara balik umah dia pi IKEA sebab tingin nak makan meatballs sambil tunggu adik balik. Adik balik p la tdoq ngan adik.. Saja ja nak habiskan masa ngan adik sebelum die bergelar isteri.. pasni xley tidoq ngan adik dah.. huhuhuhu... Pagi2 Ahad tu adik pi kenduri kami pun pi jumpa Kak Nur kat Damansara (dekat je pun ngan umah adik) pastuh jumpe Lawyer Abah kat depan Zoo (sila jangan pelik) sebab nak pass SPA ja n die pun nak cepat so just jumpa kat depan Zoo n pass the agreement.. Pastuh kami pun cam tatau nak wat apa.. X tau awat hati ni macam x mo balik lagi. Maybe sebab bak bwk Anuar g tempah lagsir yang mama pesa kat Nilai Square n dia pun tak habis class lagi time tuh so yang xde mood nak balik lagi.. So kami pun ke rumah kak honey. Saja la pi sembang2... Huhuhu Dalam kul 3.30 gak ke rumah kak honey.. sembang punya sembang tak sedaq dah kul 6 lebih kami pun berangkat keluar dri umah kak honey pi la mkn kat Mali's (awai tingin nasi lemak dia) jumpa Fara n Assan kat Malis dalm kul 7 kami dah settle mkn mnm aku pun p la hantaq Awai balik ke UIA then trus ke Nilai..
Agak jammed jugak sampai Nilai dalam kul 8.15 terus ke Nilai Square bincang2 ngan tokey kedai tu walaupun x deal lagi sbb ukuran x confirm jumpe Anuar kat situ then trus g makan sebab die kate die lapa (always be la kan). (Tokey kedai tu p bukak lagu karaoke lak.. klau dia bukak berita mesti aku tau ade jln jem. Leh aku wat alternative plan.. ciss..) Then kul 10.00pm gerak dari Nilai dengan hajat leh sampai Melaka awal la kan.. Kuar je Nilai tetibe je dah jammed.. ish ish ish awat ni... jln pun slow je. xpa la maybe jammed ke Seremban kot.. xpe just jalan je.. sampai je kat Senawang adik call inform ade xciden kat simpang empat teruk gak kate nye 12 orang maut.. pergh aku dapat bayangkan betapa jauhnye jammed sbb aku kat senawang pun dah tersengguk2 jln cam bdak2 bertatih ja..
Anyway mmg teruk xcident tuh.. kita sedekahkan Alfatihah kat keluarga mangsa.
Sumber: Berita harian online.
Saksi nampak bas ekspres seperti terbang merempuh kenderaan lain
ALOR GAJAH: “Sebaik keluar dari kereta, saya terlihat mayat pemandu van putih terjuntai dari pintu tingkap, manakala bas Delima Ekspress pula melintang di tengah-tengah lebuh raya sehingga menutupi ketiga-tiga lorong laluan menuju ke Alor Gajah.
“Selepas itu, saya berlari ke arah bas berkenaan dan terlihat pemandu kenderaan itu mengadu kesakitan akibat tangannya tersepit di stereng. Saya cuba membantu tapi tak berjaya,” kata Md Razel Sarmin, 38, pemandu Honda City yang terselamat dalam kejadian itu.
Ketika ditemui di tempat kejadian, Md Razel berkata sejurus sebelum insiden yang meragut 12 nyawa itu, dia bersama tujuh ahli keluarganya yang lain sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Pontian, Johor, apabila bas Delima Ekspress itu tiba-tiba ‘terbang’ dari arah sebelah.
“Saya sempat melihat bas itu merempuh Toyota Hiace, sebelum van itu berpusing beberapa kali. Saya berjaya mengelak dari terkena bas itu, namun tetap tergesel dengan van berkenaan.
“Sejurus selepas itu, saya terus menghentikan kereta dan meminta semua tujuh ahli keluarga lain keluar. Selepas itu, baru saya perasaan terdapat banyak mayat bergelimpangan di atas permukaan jalan,” katanya.
Seorang lagi saksi kejadian, Abdul Hamid Hassan, 55, pesara tentera dari Taman Rambai Jaya, dekat sini, yang turut terselamat dalam kejadian itu berkata, sejurus sebelum kemalangan itu, dia sedang tidur.
Abdul Hamid yang duduk di bahagian depan bas berkata, dia hanya tersedar apabila bas berkenaan berhenti secara mengejut.
“Sebaik membuka mata, saya terperanjat apabila melihat sebuah bas sedang melintang di tengah jalan dan ketika itu juga pemandu bas kami cuba mengelak. Bagaimanapun, bas tetap terlanggar bahagian belakang kenderaan itu.
“Saya dimaklumkan tiga rakan kami termasuk seorang wanita yang sedang mengandung cedera dan terpaksa dikejarkan ke hospital,” katanya sambil mengakui turut melihat dua mayat terbaring di atas jalan termasuk satu tanpa kepala.
Gambar2 Kejadian:-
Video dari tempat kejadian:-
Semoga keluarga mangsa-mangsa akan tabah menghadapi dugaanNya.. Al-Fatihah sekali lagi.
Tapi disaat itu juga terdapat ramai pasangan yang mendirikan rumah tangga pada tanggal 10.10.10
Antaranya yang femes ni:-
PUTRAJAYA: Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Dr Halina Mohd Yunos dengan sekali lafaz, di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, semalam.
Dr Sheikh Muszaphar, 38, dan Dr Halina, 30, dinikahkan bapa pengantin perempuan, Lt Kol (B) Mohd Yunos Mohd Ali sambil disaksikan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali, dengan mas kahwin RM80 pada jam 11.40 pagi.
Dr Sheikh Muszaphar tiba kira-kira jam 11 pagi bersama sembilan dulang hantaran, manakala Dr Halina tiba 10 minit kemudian diiringi 11 dulang hantaran untuk pihak lelaki.
Kedua-dua pengantin kelihatan anggun mengenakan busana berwarna putih pada majlis akad nikah yang dihadiri lebih 1,000 tetamu.
Turut sama memberi restu ialah ibu Dr Halina, Habibah Endan, ibu bapa Sheikh Muszaphar, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Abdul Shukor dan Datin Zuraida Datuk Sheikh Ahmad.
Lebih menarik, pernikahan itu turut dihadiri beberapa angkasawan luar negara yang secara kebetulan berada di ibu negara sempena Kongres Planetary Association of Space Explorers (ASE) Ke-10 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), baru-baru ini.
Pasangan Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina yang bertunang awal tahun ini memilih 10 Oktober 2010 sempena ulang tahun ketiga mempelai lelaki ke angkasa lepas.
Dr Sheikh Muszaphar, ketika ditemui pemberita berkata, beliau gembira dan bersyukur kerana majlis itu berjalan lancar.
“Walaupun saya sudah berkahwin, saya masih Dr Sheikh Muszaphar yang sama dan akan terus mencurahkan bakti kepada negara dan memberikan ceramah kepada pelajar.
Dr Halina pula berharap rakyat Malaysia mendoakan kebahagiaan mereka sehingga ke akhir hayat.
“Saya gembira dan berterima kasih kepada mereka yang menjayakan majlis ini dan semua pihak yang banyak menyokong suami saya selama ini,” katanya.
Sementara itu, kira-kira 1,500 jemputan menghadiri majlis makan malam sempena perkahwinan Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina yang bertemakan Pahlawan Melayu Di Istana Kayangan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, malam tadi.
Turut hadir, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Syed Sirajuddin Jamalullail dan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Dan juga kawan seUniten dulu Noorhana (Sory na aku x dapat datang. Ade kesulitan yang x dapat dielakkan)
Sumber gambar dari FB nana (aku minta izin ni)
Semoga Berbahagia hingga ke akhir hayat ye..
NHAR
MELAKA
Subscribe to:
Posts (Atom)