Iklan sat

Tuesday, August 9, 2011

Doa di bulan Ramadhan Hari Ke-9


"Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang merindu."
Amin Ya Rabalalamin




See you soon blogger,

Monday, August 8, 2011

Doa di bulan Ramadhan Hari Ke-8

"Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap."
Amin Ya Rabalalamin.




See you soon blogger,

Sunday, August 7, 2011

Doa di bulan Ramadhan Hari ke-7.

"Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat."
Amin Ya Rabalalamin



See you soon blogger,

Saturday, August 6, 2011

Doa di bulan Ramadhan Hari Ke-6



"Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan."
Amin YaRabalamin.


See you soon blogger,

Friday, August 5, 2011

Hadith #3. Hakikat Puasa

  
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Puasa itu perisai dan benteng yang membentengi dari sentuhan api neraka.” 
 Riwayat Ahmad dan Baihaqi

Huraian
Pengajaran Hadis:
i) Seorang Muslim yang sejati ialah orang yang menunggu-nunggu kedatangan bulan Ramadhan dengan penuh persediaan, rindu untuk mengerjakan ibadah puasa dan bercita-cita untuk memenuhi setiap detik Ramadhan dengan pengisian yang bukan sahaja perkara wajib malah berbagai-bagai perkara sunat yang lain.
ii) Oleh itu puasa sepatutnya menjadi pemadam dosa apabila segala ibadat yang dilakukan diterima oleh Allah S.W.T di mana orang-orang yang seperti inilah yang diharamkan jasadnya daripada api neraka.
iii) Di antara ibadat-ibadat yang harus dilakukan bagi meraih keampunan Allah S.W.T itu ialah melakukan solat tarawikh, solat tahjud, solat taubat, membaca al-Quran, beriktikaf di dalam masjid, memperbanyakkan zikir, doa dan beristighfar, membanyakkan sedekah, menjamu orang berbuka puasa dan mengerjakan umrah (bagi yang mampu). Namun amalan-amalan ini hendaklah dikerjakan dengan hati yang ikhlas kerana Allah bukan untuk menunjuk-nunjuk kerana di situlah letaknya keberkatan sesuatu amalan yang dilakukan.
iv) Puasa sebenarnya menggariskan undang-undangnya yang tersendiri dan jika dipraktikkan dengan penuh ketaatan terbukti ia akan mampu mendidik dan mengasuh jiwa yang rakus menjadi lembut seperti malaikat yang sentiasa melakukan ibadah dalam mencari keredaan Allah S.W.T. 

Sumber: http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp

Dan juga.

Orang yang berpuasa dilarang dari berkata-kata yang kotor seperti mengumpat, menyakiti orang lain dengan perbuatan dan mulutnya serta tidak boleh memaki-hamun sembarangan. Tegahan ini terdapat dalam hadis Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

اَلصَّوْمُ جُنَّةٌ فَاِذَا كَانَ اَحَدُكُمْ يَوْمًا صَائِمًا فَلاَ يَرْفَثْ وَلاَ يَجْهَلْ فَاِنِ امْرُؤٌ شَتَمَهُ اَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ اِنِّيْ صَائِمٌ.
'Puasa itu perisai, apabila ada salah seorang kamu di suatu hari sedang berpuasa, maka janganlah berkata-kata keji (kotor), jangan berlaku jahil dan jika ada seseorang memakinya atau mahu membunuhnya maka katakanlah sesungguhnya aku sedang berpuasa".
H/R Ahmad. (7714).


Doa di hari ke-5 di bulan Ramadhan
"Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya (orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisiMu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha pengasih daripada segala pengasih"

 Saya suka trailer ini.
(Pausekan dulu background lagu kat mixpod bawah nun okeh) 


 
See you soon blogger,

Suke... (*_*)

Yeay,
Saya dah dapat blog button saya..
Saya wat sendiri okeh.
Penat tau berdedikasi ikut steps yang Pn Cip kasi...
Akhirnye..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
taaaaaadaaaaaaaa

Blog button saya...

<center><a href="http://asinrahaidan.blogspot.com"/><img src="http://i1229.photobucket.com/albums/ee476/Nadiaharnisa/BlogsButton.jpg"></a></center>

Best best.. 
Nak juga?
Saya ikut Tutorial ini

Cube ye.

Oh Ya. 
Semalam pergi jumpe Pakcik, Makcik dan Kakak tu
Kenapa?. 
Pasal yang gitu-gitu  tu la

Saya cakap ape?
Emmm..
Saya tak cakap.. 
Tapi....
Saya tulis dalam kertas.

Dalam Envelope ni tau
Tulisannya begini
"Makcik/Pakcik/Kakak, saya beli Popia/Air soya/Pulut inti disini semalam.
Rasa memang ada tapi init hangit/masam & bau hangit/init berlendir la.
Harap lepas ni jangan jadi macam tu lagi ye. Terima kasih. 
Ikhlas, Nadia"
 See.
Saya tak marah kan.
Saya tegur je.
Siap letak name lagi.
Harapnye tak berulang lagi.
Bukan ape kesian diorang kene sumpah kot ade yang sumpah .
takkan ade yang puji pulak kan.
Tapi saya memang tak beli dari mereka dah.
Bukan serik cuma nak beri rezeki pada orang lain pulak.
Cari-cari gerai yang biasa beli air soya abang hensem yang biase beli tahun2 lepas takde pulak.
Dah tak niaga ke. 
Selalu muke adik die yang hensem jugak  tu ade kalau die takde.
Jangan salah faham. 
Air soya die sedap.. Betulll
But beli kat gerai yang seakan-akan gerai abang tuh.
Rasanye boleh tahan tapi tak same.
Takpe hari nih boleh cari lagi. Hehehehe 

Dah 4 malam pergi solat tarawikh.
Malam ni tak dapat gi.. Sedihhh..
Kene jaga Mid-term Test.. 
Takper tugas perlu diutamakan supaya dapat bodek bos keberkatan Ramadhan.
Kan!.




See you soon blogger,

Thursday, August 4, 2011

Tak baik!

Gambar hiasan....

Saya x suke!.
Dah 3 kali terkena di Pasar Ramadhan.
Beli air soya masam + bau hangit.
Beli kuih gulung inti berlendir
Popia inti hangus.
Makcik, Pakcik & Kakak,
NAK MENIAGA KE NAK KENE NYUMPAH ORANG!

Saya tak kire!.
Hari ni saya nak tegur.
Bukan kerana dendam,
cume takmau orang lain terkena .

Sesungguhnya aku berpuasa, aku berpuasa

Doa di hari ke-4 di bulan Ramadhan
"Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat."




See you soon blogger,


Wednesday, August 3, 2011

#3 Wordless Wednesday

Selamat berbuka!







Doa di hari ke-3 di bulan Ramadhan
"Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan."



See you soon blogger,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...