Iklan sat

Friday, September 18, 2020

Mengubati rindu

Hi Korang

Tadi baca post bawah ni di FB

Dalam pantry dengan pintu yang terbuka. Tiba-tiba, masuk seorang staf lelaki.

Tak selesa, tapi itulah antara cabaran di tempat kerja. Tak mampu nak kawal keluar masuk manusia.

Baru makan sesuap dua, dia menjawab panggilan telefon yang agak lama.

Antara perbualan dia yang saya dapat tangkap,

“Harini adik pergi sekolah pakai mask?”
“Adik makan apa lagi tadi?”
“Adik rindu abah?”

Habis dia bercakap dengan telefon, terlihat sekilas air mukanya yang tersenyum bahagia.

“Anak ke?” soal saya sekadar berbasa-basi.

Dia senyum.

“Haah.”

“Oh, cakap KL eh?”

“Oh, haah... Saya tak ajar anak saya cakap Kelantan.”

“Oh, bagus-bagus.”

Ya, saya biasa dengar tentang didikan cara ini. Tak semua orang Kelantan biasakan anak dengan dialek negeri ini. Masing-masing ada pendapat tersendiri. Namun bagi saya, ini satu cara yang cukup baik sekali.

Diam. Gaya dia cakap tadi, saya dapat detect keluarganya tiada di sini.

“Anak isteri duduk jauh ke?”

“Diorang duk KL. Isteri saya kerja kat sana.”

“Oh la... yeke?”

Dia angguk. Kemudian masing-masing diam sambil menikmati makanan. Saya cuba percepatkan proses menelan. Mujur sesekali ada misi yang keluar masuk, menghilangkan rasa awkward berdua.

Tanpa dipinta, tiba-tiba dia buka cerita.

“Dah hampir 5 tahun kami PJJ (Perhubungan Jarak Jauh). Susah nak cakap perasaan dia macam mana. Rindu kat anak tu kadang lebih rindu daripada isteri.”

Saya lihat dia kesat mata. Lepas tu gelak.

“Minta maaf, doktor. Ehehe.”

Saya senyum tawar. Nampaknya dia memendam satu rasa yang tak tertahan.

“Tak apa... menangis tu kan tanda sayang. Mesti rindu kan?”

“Ahaha.” Dia gelak hambar.

“Kadang isteri call, dia tanya, tak rindu ke? Saya jawab je, tak rindu pun. Tapi dalam hati, Allah je yang tahu.”

Ya Allah. Saya pulak jadi sebak masa tu.

“Sampai macam tu? Kenapa tak beritahu je rindu?”

“Saya tak nak dia rasa lemah. Nanti dia sedih.”

Auch! Saya terasa dicubit.

Sakit!

“Ish! Kadang tu, rindu sampai jadi pelik sungguh! Saya pergi kedai, beli gula-gula. Dalam kepala fikir, satu untuk abang, satu untuk adik. Padahal diorang tak ada pun! Last-last tinggal je dalam kereta.”

Saya angguk dan cuba menahan rasa. Tahulah saya, rupanya rindu telah berjaya buat dia ‘separuh gila.’

“Ish. Macam manalah saya boleh cerita kat doktor semua ni. Saya jarang cerita kat orang benda sedih-sedih ni.”

Saya yang siap basuh tangan lepas tu, tersenyum syukur sebenarnya. Banyak saya dapat belajar daripada kisah dia.

“Tak apa. Faham sangat sakit rindu tu. Rasulullah dulu pun pernah diuji rindu lepas kematian Siti Khadijah dan bapa sedara. Saya doakan, moga-moga tak lama lagi dapat bersatu sekeluarga.”

“Amin...”

Tak sangka, dalam melihat seorang maskulinnya dia, rupanya terselit cerita yang disimpan sedalamnya.

Dalam melihat dia yang ceria, menyimpan derita rindu akan keluarga.

Semoga Allah ganjari dia sekeluarga, Syurga!
Kerana seindah-indah penyatuan adalah di sana.

Bila datang rindu pada manusia.
Yakinlah dengan janji Dia.

Tahanlah pahitnya mujahadah.
Kerana di hujungnya nanti pasti ada kemanisan terindah.

“Allah takkan sia-siakan kita.” - Siti Hajar AS
.
.
Nur Hanisah

.
See First FB Nur Hanisah


Terus terbayang kisah sendiri. 

Dah 6 bulan tak jumpa suami disebabkan Pandemic COvid-19 ni. Suami terpaksa tinggal di negara beliau bekerja sehingga boleh balik ke Malaysia. Hari2 video call untuk mengubati rindu kami.

Doakan kami ye.

JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA

Wednesday, May 29, 2019

Pasangan berkahwin balik beraya kampung siapa?


Terjumpa video ni pasal balik raya




Sangat agree kot dengan dia ni. Macam kami pun Utara (Perak) + Selatan (Tangkak). Dari mula mula kahwin memang dah deal balik raya kena ikut turn la. Jadi masing2 ade peluang sambut pagi raya dengan parents masing2 selang selang tahun. Selalunya kami akan balik dua dua kampung. Turn tu hanyalah untuk turn sebelum raya and of course la terus ke pagi raya. Dan kebiasaannya kami akan balik next kampung tu dalam raya ke-3. Contohnya tahun ni turn raya di Selama, Perak jadi kami akan balik beberapa hari sebelum raya (bergantung kepada cuti yang approve) sampai la pagi raya ke-3, kami akan balik ke Tangkak pulak. So far, dari tahun 2011 sistem turn ni masih berfungsi seperti biasa. Aku harap dapat berkekalan la sampai akhir hayat. Heheheheheh


 JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA

Ujian DASS (Depression Anxiety Stress Scales)

Terjumpa page untuk ujian saringan minda sihat.

http://www.jpan.sabah.gov.my/perumahan/117-ujian-dass

Cuba la try.

Minda saya separuh sihat.

Eh?

Hahahhahaha

Lepas buat ujian tu ade la analysis yang kita boleh baca.

Moga bermanfaat.


JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA

Thursday, January 26, 2017

Reminiscing Melaka #01



Reminiscing Melaka #01
Nasi lemak paru at Roti canai kayu arang.



JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA

Friday, April 8, 2016

Setahun lepas




Setahun lepas pada tarikh ini, bonda dah dapat peluk awak, Amni Zulaikha.

Moga panjang jodoh kita sayang.

Yang menyayangimu selalu,
Bonda.

JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA

Tuesday, January 26, 2016

Rindu?

Rindu saya tak?


JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA

Wednesday, April 29, 2015

Home Sweet Home, Beautiful

Alhamdulillah

Welcome home, Si Cantik.




JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA

Monday, April 13, 2015

Si tenang yang cantik



Si tenang yang cantik sudah berada dalam dakapan Bonda.

Alhamdulillah.

Moga jodoh kita kuat dan lama ya sayang.

Syukur Ya Allah atas rasa anugerah ini.

JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA

Thursday, April 9, 2015

Satu Purnama.


Sayang,

Sudah satu purnama kita bersama.

Alhamdulillah, Si Cantik.

Membesar jadi anak yang solehah ya.

Buat masa ini, jadi besar dan kuat dulu.

Lekas pulang sayang.

Bonda dan Papa rindu kamu, Si Cantik.


Happy  1st Monthsary, sayang.

JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA

Thursday, March 26, 2015

Beautiful

You are very strong and brave, Beautiful.

Braver and stronger--
than me--
than your papa.

Keep up the good work, sayang.

Well done, Beautiful.

We love you.

Please come home soon.

Love,
Your Bonda

Wednesday, March 18, 2015

Kita kuat!

Kita kuat kan Si Cantik.

Dah 11 hari.

Si Cantik Bonda sangat kuat.

Bonda & Papa pun ikut kuat.

Gambateh sayang.

Tuesday, February 24, 2015

Lagi suku

Alhamdulillah,

Lagi suku perjalanan kita, sayang.

Ayuh, Bonda rindu.

Ya Allah, permudahkanlah.

Wednesday, February 4, 2015

Selsema teruk.


Dah 3 hari selsema kuat + tak boleh tidur + sakit tekak.

Ya Allah, kuatkanlah kami untuk tempuh dugaanMu.

Kita kuat kan sayang.

JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA

Friday, December 19, 2014

TAHAP-TAHAP BACAAN ANAK KECIL berdasarkan Kaedah Fonik Gabung bunyi Bacalah Anakku dan Readeasy


Sumber: http://cepatmembaca.blogspot.com/2014/10/why-we-should-understand-different.html

Kita Ibu bapa dan guru-guru literasi mestilah memahami tahap bacaan anak/pelajar kita supaya kita dapat memberi sokongan dan bantuan yang tepat. Sokongan dan bantuan yang tepat akan membantu kanak-kanak mencapai tahap bacaan yang optimal.

TAHAP-TAHAP BACAAN ANAK KECIL berdasarkan Kaedah Fonik Gabung bunyi Bacalah Anakku dan Readeasy:
1. TAHAP PRA BACAAN / PRE READING STAGE ( 0 - 3 tahun )
 Bertutur, bermain, menyanyi, berpantun, melukis, menconteng/menulis, mengenal bunyi huruf (fonem) dan bacaan lantang (read aloud) oleh ibu bapa dan pengasuh.

2. TAHAP AWAL BACAAN / EMERGENT READING STAGE ( 3 tahun ke atas )
Menghubung kait bunyi huruf / fonem dengan simbol, menggabung bunyi suku kata ( untuk bahasa Melayu ), mendekod ( decode ) perkataan, membaca teks pendek; belum dapat memahami sepenuhnya apa yang dibaca.


Foto: Kanak-kanak 3 Dan 4 tahun di Pusat Jagaan Didik Literasi.
 
3. TAHAP BACAAN LANCAR / EARLY READING STAGE  ( 3 tahun ke atas )
Membaca dengan menggabung bunyi-bunyi huruf atau fonem-fonem dengan baik.
Memahami sedikit / sederhana apa yang dibaca.

4. TAHAP BACAAN MAHIR / EXPERT READING STAGE  ( 3 tahun ke atas )
Membaca dengan lancar dengan sebutan dan intonasi yang baik; membaca tanpa menggunakan jari sebagai penunjuk, membaca secara diam ( silent reading ); memahami banyak apa yang dibaca.


   Kanak-kanak 6 tahun yang mahir membaca di Tadika Didik Literasi.  
   Dapat sahaja hadiah buku cerita, kanak-kanak yang mahir membaca terus membaca dengan diam  tanpa bimbingan. 


Apabila kita, ibu bapa dan guru literasi memahami tahap bacaan kanak-kanak, maka kita tidak akan meletakkan ekspetasi yang luar biasa ketika mengajar mereka membaca. Kanak-kanak akan belajar membaca dengan tenang dalam suasana bebas stres. 
They will find learning to read enjoyable!
And WE too will find teaching reading easy and fun!

JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA

Monday, December 15, 2014

Throwback: Itinery ke Kota Kinabalu Sabah 4D3N


Dah lama nak post pasal itinerary ni..
Hampir terlupa

Ok sayang2 semua..

Boleh jadikan rujukan..
Tapi kunjungan kami dengan niat ke kenduri kahwin.. Jadi beberapa slot dipenuhi dengan majlis kenduri. So korang leh la cari option lain ganti pada slot kami tu ye.


Separuh perjalanan


Sayang Bonda,

Hampir separuh perjalanan.
Ayuh kita teguhkan langkah kita.
Moga ada jodoh kita bersama.

Dari,
Bondamu.

JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA

Friday, November 28, 2014

Rasa

Alhamdulillah, sudah mula merasai kamu.

Ayuh sayang,
Kita teruskan perjalanan.
Moga kita dapat bersua muka.
Setelah sekian lama.

Doakan kami ya semua.

Nadia.

Thursday, November 27, 2014

Vaksin - sumber dari post FB

Tertarik dengan post di FB hari ni


Dari FB Ibnu Batoota
~Vaksin~
Semalam sembang dengan Dr.Azmier dari USM Nibong Tebal pasal vaksin. Beliau ada 6 orang anak dan semuanya tak divaksin.
Saya tanya kenapa?
Doktor jawab:
"Saya nak anak saya membesar secara organik. Bukan macam ayam cucuk."
Kah kah kah jawapan paling epic abad ini.  
Note: Alhamdulillah saya memang tak benarkan pihak hospital vaksin anak-anak saya selepas saya berbincang dengan ramai doktor/pakar kimia (yang tidak berkepentingan/berkonspirasi).
Walaupun ramai rakan-rakan mengadu mereka "dipaksa" oleh medical mafia (yang menafikan hak pesakit untuk buat keputusan sendiri) dan ditakut-takutkan, tapi Alhamdulillah kedua-dua anak saya dibiarkan tanpa vaksin tanpa dileter oleh nurse atau doktor.
Cukup dengan saya tanda tangan saya akan bertanggungjawab penuh atas apa sahaja yang terjadi pada anak saya jika tidak disuntik vaksin, mereka tidak mengganggu saya lagi.
Alhamdulillah anak pertama saya Muhammad Zakariyya, lahir tanpa vaksin di Afrika (benua ujikaji virus Dajjal-bila dajjal ada cipta virus baru, mereka akan sebarkan di Afrika seperti kes e-bola), merentas beberapa benua, singgah di beberapa negara seperti UAE dan Thailand. Tapi hidup sihat ceria (kini mencecah umur hampir 2 tahun) dan tak pernah sekali pun jatuh sakit/jejak kaki ke hospital atau klinik.
Hanya beberapa kali sahaja dia demam biasa yang tak perlu dibawa ke klinik atau hospital. Allah telah buktikan pada saya bahawa bayi saya diberi kesihatan tanpa perlu vaksin.
Antara sebab kenapa saya tidak mahu anak divaksin ialah kerana:
-Kandungannya diragui dan tiada pengesahan halal dari mana-mana badan autoriti.
-Efeknya juga kelihatan sangat tidak baik berbanding anak-anak yang free-vaksin. Yang kena vaksin, selalunya akan jatuh sakit (dengan izin Allah), kena ulang masuk klinik/hospital.
-Selama jutaan tahun bayi hidup sihat atas muka bumi ini tanpa vaksin, hanya ketika zaman Dajjal (zaman NWO) sahaja vaksin di- "wajibkan" oleh the hidden hand.
-Mengikut pengkaji-pengkaji/pendedah konspirasi Dajjal contohnya seperti pengarang buku "The Deadly Mist", seperti biasa, pihak Dajjal (barat) memang suka "cipta penyakit" dan "cipta ubatnya" sekaligus.
-Mereka cipta virus.
-Kemudian sebarkan melalui udara.
-Kemudian ramai orang sakit.
-Kemudian "mereka" akan datang sebagai hero dan membawa "ubat".
-Hasilnya: Orang ramai akan takut dan mula berpusu-pusu membeli ubat tersebut.
-Pihak Dajjal menjadi kaya-raya.
-Kesihatan sedunia pula tergugat.
Sama juga macam kes virus+anti virus dalam komputer.
-Mereka yang cipta virus dan sebarkan.
-Kemudian mereka jual anti-virus untuk kaut keuntungan atas angin berjumlah jutaan dollar.
Jadi saya menolak keras anak-anak saya menjadi mangsa bahan eksperimen Dajjal atau "ayam suntik" mereka....
InsyaAllah Allah akan lindungi kami sekeluarga daripada penyakit/virus yang disebarkan puak-puak Dajjal.
Note 2: Saya tak pernah salahkan nurse atau doktor. Mereka tidak lain hanyalah "menurut perintah". Janganlah geng-geng doktor mai serang status saya ye. Sebab yang tak mau vaksin ni bukan sahaja golongan "buta medic" macam saya, tapi golongan doktor pakar perubatan sendiri tak mahu dirinya dan anak-anaknya divaksin.


Saya lebih lagi tertarik dengan komen dari post tersebut:

Hosni Salleh Al Uzma 
1. Vaksin ni secara simplenya kita kata dia suntik dengan kuman yg dibunuh atau dilemahkan supaya sistem pertahanan tubuh kita diransang untuk bertindak. Jadi kalau hari lain datang virus tu, sistem pertahanan kita dah cukup sedia.

2. Teori konspirasi ni byk berlaku kat luar negara pasal sana sektor kesihatan diswastakan. jadi mmg ramai doktor dan syarikat farmaseutikal yg tak jujur ambil kesempatan promote vaksin2 yg kadang2 tak perlu pun pasal depa dapat komisen. tapi menda ni tak berlaku kat malaysia.

3. Kerajaan malaysia tak paksa vaksin. Tapi dia sediakan jadual vaksin untuk budak2. Saya taklid hak ni ja. Lagipun bayar berapa lah sgt hosp kerajaan. vaksin2 yg disenarai pulak jenis2 penting dan sesuai di negara ni. jadual ni nak lulus bukan senang2. makan masa dan tenaga jugak depa kaji dan survey semua. Dan haritu kementerian kesihatan dah keluar kenyataan bersama Jakim untuk sahkan takda keraguan pada kandungan vaksin. 

4. manusia jutaan tahun selama ni sihat?? ehh..buta sejarah ni. Wabak2 penyakit dicatat sejarah sejak zaman Yunani lama dulu lagi. Zaman Umar ra pun ada wabak kolera (taun) sehingga sahabat abu ubaidah ra pun mati pasal taun. Dan telah direkod dalam sejarah wabak smallpox sudah secara total dihapuskan di bumi ni kerana ada nya vaksin. Polio pun dah dihapuskan di negara2 maju dengan ada nya vaksin. 

5. satu lagi yg baik ialah teori herd immunity. Dimana kalau satu2 masyarakat tu ramai org divaksin, penyakit berjangkit yg alah pada vaksin tu susah untuk merebak. 

6. kalau nk kira sorg doktor pakar tanak vaksin anak, saya kira ramai lagi doktor pakar lain yg nak vaksin anak dia. hahahah. 

7. Tapi kalau nak kira konta dia pun memang ada. Kesan2 sampingan memang ada. Dan memang itu lah etika perubatan moden. Segala perkara baik dan buruk semuanya direkodkan utk penambahbaikan dari semasa ke semasa. Dan kesan sampingan ni doktor akan warning terlebih dahulu. nak kata kesan sampingan tadak langsung tu tak lah. cuma manfaat mencegah penyakit tu lebih besar dari mudarat kesan2 sampingan yg ringan tu. 


Wallahualam


Semoga kita semua dapat sedikit ilmu hari..

Buat semua ibu2 dan bakal2 ibu.

Gambaq takdak kena mengen sebab tengah rindu kat Tok (T_T)


JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA

Wednesday, October 29, 2014

Suku

Aʟнαм∂υʟíʟʟαн

Sudah suku perjalanan.

Doakan kami kuat ya kawan kawan.

Jazakallah,
Nadia

Tuesday, September 23, 2014

MOM'S 1ST BIRTHDAY ママも1歳、おめでとう。 | パンパース公式

Saya dah nangis.. I've cried..










JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...